SKTND SEDERAP MELONJAKKAN KECEMERLANGAN AKADEMIK

18 Orang Murid 5A, 1.86 GPS Keseluruhan, Ranking ke-3 Dareah Pasir Gudang. TAHNIAH SK TAMAN NUSA DAMAI

VISI DAN MISI SEKOLAH

Matlamat Sekolah Kebangsaan Taman Nusa Damai Menuju Gemilang.

SLOGAN SEKOLAH

Menjadikan Murid Hebat Sebagai Pemangkin Kecemerlangan.

SKTND MEMENUHI STANDART KUALITI

SK Taman Nusa Damai Mencapai 94.2 % Standart Pengurusan Sekolah Kualiti (SPSK) SYABAS DAN TAHNIAH.

MELAKSANAKAN 3K DI SEKOLAH

Sekolah Selamat Kecemerlangan Meningkat.

Penafian

Penulis TIDAK akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian atau masalah yang timbul akibat penggunaan panduan atau maklumat yang terdapat di dalamnya. Dengan menggunakan segala maklumat yang terkandung di dalam blog ini, anda telah bersetuju untuk tidak melibatkan penulis sekiranya blog ini mengakibatkan anda mengalami kerugian dan masalah berkaitan potensi dan prestasi ke atas aset anda sama ada online dan offline.

Segala penulisan dalam “sktamannusadamai.blogspot.com” adalah hak milik penulis sepenuhnya. Sebarang pengeluaran, percetakan semula ataupun dikeluarkan dalam apa-apa bentuk penerbitan sekalipun tanpa kebenaran rasmi secara daripada penulis adalah dilarang sama sekali. Sekiranya anda didapati melanggar peraturan hakcipta ini, tindakan yang serius akan diambil ke atas anda.

Nota: Peraturan ini diwujudkan untuk melindungi hak dan pemilikan penulis serta untuk memastikan haknya terpelihara.

Tuesday 8 January 2013

Senarai Nama Murid Mengikut Kelas

Perhatian kepada guru SK Taman Nusa Damai, berikut merupakan senarai nama murid mengikut kelas :



TAHUN 1
TAHUN 5
TAHUN 6

Friday 4 January 2013

Top A Star

Pada 5 Januari 2013 Majlis Bertindak Tahun 6 telah berjaya mengumpulkan ibu bapa  calon UPSR 2013 sebagai langkah pertama persediaan Kecemerlangan UPSR. 

Program dibahagikan kepada beberapa slot. Slot yang pertama ialah slot motivasi yang dikendalikan oleh Pak Anjang MD. Penceramah menyentuh beberapa aspek untuk kecemerlangan murid. Penceramah juga memberi suntikan semangat kepada ibu bapa calon.



Slot yang kedua ialah perjumpaan guru tahun 6 bersama ibu bapa. Perjumpaan ini bertujuan untuk menerangkan program tahun 6 yang akan meningkatkan pencapaian pelajar.


Diharapkan langkah awal ini akan menjadi pecutan ke arah kegemilangan. Ameen

Thursday 3 January 2013

Ceramah Selamatkan Palestin Bebaskan Syria


Pada 4 Januari 2013 Unit Dakwah telah menganjurkan Ceramah Bebaskan Palestin dan Selamatkan Syria. Ceramah telah disampaikan oleh Ustaz Rofazlin daripada Aqsa Syarif Berhad (Johor). Masjlis dimulakan dengan bacaan Yasin untuk para mujahidin dan keselamatan rakyat Palestin dan Syria.


Pihak sekolah telah mengeluarkan surat edaran untuk ibu bapa dan penjaga SKTND untuk mengumpulkan sumbangan kepada Aqsa Syarif dan akan diserahkan kepada Ustaz Rofazlin.


Ustaz Rofazlin memakaikan mafla Aqsa Syarif kepada En. Mohammad
Tuan Guru Besar menyerahkan tabung sumbangan kepada Ustaz Rofazlin hasil kutipan daripada  warga SKTD. Sehingga kini jumlah kutipan RM 2345.40. Kutipan masih diteruskan sehingga Jumaat petang. 


Diharapkan kerjasama ini dapat diteruskan di masa akan datang untuk menyuburkan dakwah di SK Taman Nusa Damai. 

Tuesday 1 January 2013

Tinta Guru Besar 2013




EN.MOHAMMAD BIN JAAFAR
Pejabat Guru Besar
JBA1129 – SK Taman Nusa Damai

”The Dawn has break”. SKTND telah membuktikan –
 “Tiada Sekolah Gemilang diuruskan oleh sepasukan guru yang lemah dan tidak bermaya”.
“Tiada Sekolah Yang Lemah diuruskan oleh sepasukan guru yang berdaya saing, bermotivasi, berdedikasi, berkhidmat ikhlas dan tulus serta mengamalkan Budaya Kerja Cemerlang” seperti Team Nusa Damai.

Syabas Guru-guru dan Staf Sokongan SKTND!
Di samping sentiasa bersyukur dan memperingati Yang Maha Esa pagi dan petang.
Wahai rakan-rakan Team Nusa Damai (TND);
Ingat!
Laksanakanlah tugasan dan amanah Seikhlas dan Setulus Hati – “Serve from Your HEART” kepada anak didikan kita, bertunjang kepada :-
                                    H – Humility / Rendah Hati
                                    E – Efficiency / Kecekapan
                                    A – Appreciation / Menghargai
                                    R – Respect / Menghormati
                                    T – Trust / Kepercayaan

Demi kejayaan anak-anak didikan SKTND dengan langkah kerja dan lafazan :-
                                    Biar kami memandi keringat;
                                    Biar kami bersengkang mata;
                                    Biar keletihan menghambat kami;
                                    Biar kewarasan mengatasi kecelaruan kami,
Asalkan Kamu (murid-murid SKTND)…..
            Menjadi Bintang KEJORA dibumi Johor Darul Takzim dan Bercahaya di Putrajaya.
            Dalam kesungguhan Team Nusa Damai mengorak langkah demi langkah dengan jitu melitarasi “Kejayaan Bertaraf Kegemilangan” berpandukan pada tagline “Success By Design” berslogan “Kehebatan Tunjang Kecemerlangan”, jangan lupa wahai kawan-kawan;
            “Fame (Kemasyuran) and Glory (Kemegahan) are nothing compared to pride (Maruah) demi menegak Visi Sekolah –

                                    “Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang


Oh maruah, Oh maruah, Oh maruah SKTND untuk tetap utuh sepanjang zaman perlu berpaksi pada empat asas iaitu :-

                                                Leadership Commitment
                                    (Pemimpin berwawasan dan komited)




            Programmes                                                            System & Structeres
(Program Kualiti & Berkesan)                                (Sistem & Pengurusan Organisasi)

                                                           Culture
                                                 (Budaya Cemerlang)

dengan tugas dan berterusan (Istiqamah) menggunakan ‘MINDS’ sebagai instrument operational semasa melaksanakan amanah, tanggungjawab, tugasan dan arahan di mana :-
            M - Map out your strategy             / Rancangan dan susun strategi berkesan
 I  -  Intelligence goes well with     / Kebijksanaan berlandaskan pada ilham,
                    inspiration, ideas, inventions    buah fikiran, merekacipta dan pembaharuan.
                    and innovation
             N - “No” is not a bad word           / Berkata “Tidak” pada perkara atau unsure
                                                                        negatif.
             D - Discipline and dedication       / Komited terus-menerus berdasar pada sikap
                                                                       berdedikasi dan displin.
              S - Success-being success             / Berorientasi kejayaan membuatkan kita
                    orientated keeps your eye     / menumpu kepada sasaran & matlamat organisasi.
                    on the target    

Guru-guru SKTND ‘DARE’ (berani),
Untuk mencapai kehebatan pada tahun 2013 dengan KPI kita adalah;-
105 murid Gemilang 5A
95 % lulus UPSR
1.50 Gred Purata Sekolah
100 % Arus Perdana Anak Didikan di Tahun 1, 2 dan 3.
Tempat pertama dalam Daerah bagi Peperiksaan Akhir Tahun bagi 4 & 5.
Band Tertinggi bagi semua murid KSSR bagi Tahun 1, 2 dan 3.

Tanpa ada keraguan tentang kebolehan diri tuan-tuan dan puan-puan, di mana rakan-rakan memang bijak bila mencipta sejarah dengan menjadikan SKTND sebagai sekolah yang ‘berprestasi’ tapi lagi bijaksana kalau kita lihat dan atasi kelemahan dalam kejayaan kita.

Wahai rakan seperjuangan;
            Untuk menghadapi Cabaran 2013 yang lebih mencabar ke arah memperkasakan sekolah yang sudah ‘Berjaya’, tuan-tuan dan puan-puan perlu bersedia 100 % dan mantap dari segi fizikal, mental dan emosi bagi mencapai indeks KPI kita. Boleh! Bersedia dari sekarang bukan esok, bukan lusa dan bukan tulat tapi SEKARANG…jangan suka bertangguh.
            Sebagai penutup kepada lembaran 2012, marilah kita sama-sama amati prinsip kerja yang ditetapkan oleh Pengarah Pelajaran Negeri Johor iaitu :-
-         Ikut Buku, jangan ikut Aku
-         Selesaikan Yang Asas
-         Kekalkan Formula Kejayaan
-         Bertindak pantas, buat dengan betul
-         Mengutamakan fungsi
-         Beri nasihat yang betul

Ayuh…..kawan-kawan, jadikan tahun 2013 adalah tahun yang lebih gemilang bagi
SKTND . Jangan mengalah sebelum berjuang berhabis-habisan; jangan biarkan kita berputih mata melihat kejayaan yang gemilang terlepas dari genggaman kita. Wahai Team Nusa Damai, tunaikan janji-janji kamu demi kebahagiaan anak-anak didikan yang dahagakan ilmu, menjadi insan yang berharga kepada ibubapa mereka dan negara kita. InsyaAllah, Allah s.w.t akan memberi pertolongan kepada kita dalam perjuangan yang sesuci ini.

            Akhir perbincangan ini, saya berpesan pada semua para pendidik…duduklah dalam 1 pasukan Team Nusa Damai demi masa depan Pewaris Generasi Unggul dan SKTND membawa obor kecemerlangan yang telah cemerlang bagi tahun 2013 semoga Allah s.w.t memberkati segala usaha dan tindakan serta perjuangan tuan/puan.
            Marilah kita sama-sama memanjat dan memohon dosa-dosa kita diampuni oleh Allah s.w.t;
            Ya Allah, ampuni kesalahan kami atas kelalaian dan melanggar perintahMU;
            Ya Allah, ampunilah kebodohan kami menyebabkan tingkah laku yang tidak terpuji;
            Ya Allah, ampunilah perbuatan kami yang berlebihan dalam urusan kami dengan
                 mengerjakan seada secara tidak adil atau professional menyebabkan seseorang
                 disakiti dan dizalimi;
            Ya Allah, ampunilah kesalahan kami yang Engkau lebih mengetahui daripada kami           
                 kerana sering melakukan kesalahan tanpa menyedarinya;
            Ya Allah, ampunilah kesalahan kami kerana terlibat dalam banyak kesalahan;
            Ya Allah, ampunilah kemalasan kami yang menyebabkan menunda dan melalaikan
                 kewajipan yang mesti dikerjakan;
            Ya Allah, ampunilah kesengajaan kami dengan sengaja melakukan sesuatu kesalahan
                 disebabkan oleh emosi dan dipengaruhi;
            Ya Allah, ampunilah kebodohan kami atas kelemahan serta kekurangan ilmu;
            Ya Allah, ampunilah gelak ketawa kami yang semua itu ada ada pada diri kami
                 dilakukan secara tidak professional atau melampaui dan mendatangkan masalah;
            Ya Allah, ampunilah kami atas dosa yang telah berlaku di mana dosa lampau yang
                 telah dilakukan dan tidak sempat menyesali dan menginsafi perkara itu;
Ya Allah, ampunilah kami atas dosa yang mendatang yang kami cuba
     mengelakkannya daripada terjebak kepada dosa-dosa itu;
Ya Allah, ampunilah kami atas dosa yang kami samarkan yang dilakukan secara
     sembunyi dan berselindung;
Ya Allah, ampunilah kami atas dosa yang kami perbuat dengan terang-terangan;
    
Selamat berjuang dengan laungan ‘Success By Design’ dan ‘105’.

Sekian, berjumpa kita di pentas 2013. Terima kasih Cikgu.