Thursday, 29 March 2012

Sekitar Pertandingan Hoki MSS Zon Pasir Putih

Buat kali pertama SK Taman Nusa Damai menghantar dua pasukan hoki yang terdiri daripada satu pasuakan lelaki dan satu pasukan perempuan. Walaupun tidak berjaya untuk menggondol emas namun seorang pelajar perempuan telah meletakkan nama SK Taman Nusa Damai di dalam peta pendidikan kerana mewakili Negeri Johor ke peringkat MSSM.

Tahniah dan syabas buat semua guru yang terlibat secara langsung atau pun tidak. Teruskan sumbangan untuk pembangunan sukan sekolah. Terima Kasih.













Sunday, 25 March 2012

Lawatan Pembukaan SK Taman Nusa Damai

Gambar ketika Sekolah Kebangsaan Taman Nusa Damai belum beroperasi. Lawatan ini dijalankan ketika  mesyuarat pengoperasian kali pertama di TS Hotel.

Alhamdulillah lawatan kali pertama ini membuka rintis kepada kerja pembukaan sekolah ini. 


















Saturday, 24 March 2012

Pas Kebenaran Keluar Kelas

Pas Kebenaran Keluar Kelas

Unit Disipilin, Sekolah Kebangsaan Taman Nusa Damai mengambil inisiatif untuk mengeluarkan Pas Kebenaran Keluar Kelas ini bagi memastikan kelancaran proses pengajran dan pembelajaran. 

Setiap guru akan dibekalkan dua keping kad di mana kad ini akan diklipkan di uniform murid semasa murid keluar dari bilik darjah. Ini dapat memastikan keluar masuk murid dalam keadaan teratur dan dalam bilangan yang terkawal.

Kad ini akan diedarkan minggu hadapan Insyallah.

Friday, 23 March 2012

Lagu Generasi Pewaris Unggul


Berdiri bersatu kita bersama
Berusaha berbakti dan beramal
Gemilang namamu gemilang
Menjunjung cita-cita

Ikrar SK Taman Nusa Damai
Generasi Pewaris Unggul
Kukuhkan semangat 
Menyumbangkan khidmat
Untuk agama bangsa dan negara

Semangat dan azam
Peneraju wawasan
Budaya nan sejati

Akhlak yang terpuji
Mengolah potensi
Menjunjung titah Ilahi


Ikrar SK Taman Nusa Damai
Generasi Pewaris Unggul
Kukuhkan semangat 
Menyumbangkan khidmat
Untuk agama bangsa dan negara

Sekolah Kebangsaan Taman Nusa Damai

Selamat Datang ke Sekolah Kebangsaan Taman Nusa Damai

Alhamdulillah setinggi syukur pada wadah dipanjat pada kebesaran Allah atas rahmat dan junjung kasih serta barakah Rasul junjungan Muhammad S.A.W maka sebuah blog ringkas Sekolah Nusa Damai telah dibuka.

Blog ini akan menjadi wadah rasmi untuk menyebarkan berita, info serta maklumat mengenai aktiviti yang dijalankan di Sekolah Kebangsaan Taman Nusa Damai.

Moga coretan ringkas ini mampu menerangkan fungsi blog ini. Segala teguran untuk penambahbaikkan akan amat dialukan sama ada terus di blog ini atau melalui e-mail sktamannusadamai@gmail.com