Friday, 20 July 2012

SMART SCHOOL QUALIFICATION STANDARDS (SSQS)



PENGENALAN 
Portal ini dibangunkan bertujuan untuk menempatkan aplikasi-aplikasi pemantauan yang akan digunakan di sekolah bagi membolehkan pihak Kementerian Pelajaran, khususnya di Bahagian Teknologi Pendidikan mendapatkan maklumat terkini berkaitan dengan ICT di sekolah. Setakat ini, terdapat dua aplikasi utama telah ditempatkan di dalam portal ini iaitu Sistem Smart School Qualification Standards dan Sistem Pemantauan Penggunaan ICT Sekolah. 

SMART SCHOOL QUALIFICATION STANDARDS (SSQS) 
PENGENALAN 
Pengukuran tahap bestari sekolah dibuat dengan Smart School Qualification Standards (SSQS) yang dilancarkan oleh YB Menteri Pelajaran pada 24 April 2007. SSQS dibangunkan bersama oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dan Multimedia Development Corporation (MDeC). 

OBJEKTIF SSQS 
Objektifnya ialah: 
1. Meningkatkan penggunaan ICT sekolah. 
2. Menjadi sistem pemantauan dan pengukuran pengintegrasian ICT dalam pengurusan serta pengajaran dan pembelajaran (P&). 
3. Menjadi rujukan untuk penambahbaikan polisi dan program KPM. 
4. Memperkasa guru dan murid dari segi peningkatan pengetahuan dan kemahiran

Thursday, 12 July 2012

Sekitar Majlis Perlantikan Badan Kepimpinan Murid

Bagi menghargai dan mengiktiraf barisan pemimpin muda SK Taman Nusa Damai maka satu majlis penganugerahan watikah dan lafaz ikrar telah diadakan di Dewan Seri Damai Utama. Majlis telah dirasmikan oleh ASP Maznah Binti Masimin dari IPD Seri Alam. Diharapkan dengan penghargaan dari pihak sekolah ini dapat meningkatkan mutu kerja dan semangat pasukan di kalangan Badan Kepimpinan Murid.