Thursday, 28 February 2013

Majlis Akujanji Calon UPSR 2013

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah pada 1 Mac 2013 bertempat di  Dewan Sri Damai Utama telah di adakan Majlis Akujanji Calon UPSR 2013. Majlis ini telah disempurnakan oleh Tuan Guru Besar En Mohammad bin Jaafar. 


Calon UPSR telah menandatangani surat perjanjian bahawa akan mencapaian sasaran sekolah dalam UPSR. Program ini secara tidak langsung dapat membangkitkan kesedaran calon UPSR mengenai tanggangjawab mereka.

En. Mohammad menyampaikan ucapan dan harapan pihak sekolah.


Majlis ini dijalankan sempena program "Diamond In The Sky" iaitu program pemantapan akademik calon UPSR Zon Akademik Zon G, Pasir Gudang. 

Diharapkan program ini dapat meningkatkan pencapaian UPSR 2013.



Friday, 22 February 2013

Kursus Profesionalisme Keguruan

Alhamdulillah pada 23 Februari 2013 Unit LDP telah menganjurkan Kursus Profesionalisme Keguruan. Kursus ini memberi pendekatan kepada pembangunan profesionalisme pendidik. Disamping itu juga, guru diberi pendedahan terhadap kemahiran dan teknik terbaharu dalam penyampaian ilmu pengetahuan. 

En. Sholihin bin Yusha menyampaikan tajuk : Konsep Pengamalan Disiplin Di Kalangan Guru Terhadap Anak Didik.
Kursus ini terbahagi kepada beberapa slot iaitu :
1. Konsep Pengamalan Disiplin Di Kalangan Guru Terhadap Anak Didik
2. Warga Tua
3. Konsep Guru Penyayang
4. Pembentangan SPSK 2013
5. Profesionalisme Keguruan

Peserta kursus
Guru Penolong Kanan turut hadir mendengar perkongsian yang disampaikan
Diharapkan dengan berjalannya kursus ini guru dapat meningkatkan profesionalisme di kalangan pendidik SK Taman Nusa Damai. Inshaa Allah.


KEHEBATAN TUNJANG KECEMERLANGAN
SEDERAP SEPAKAT MENJANA KUALITI

Monday, 4 February 2013

Pelancaran Program 1 Kelas 1 Tandas dan Guru Penyayang

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah pada 5 Februari 2013 telah berlangsung majlis pelancaran Program 1 Kelas dan 1 Tandas serta Program Guru Penyayang.

Program ini dilaksanakan bagi membentuk disiplin murid agar sentiasa menjaga kebersihan kawasan persekolahan. 

"Program ini membuktikan bahawa SKTND sentiasa cakna dalam membentuk sahsiah murid dan pembentukan akhlak yang terpuji", kata Puan Rohanah GPK HEM SKTND.
Puan Rohanah menyerahkan buku pengurusan keluar kelas sebagai simbolik perasmian


Program ini juga telah dilancarkan semalam untuk sesi petang. Pelancaran sesi petang telah disempurnakan oleh En. Mohammad bin Jaafar Guru Besar SKTND. 


Sambutan Hari Lahir untuk guru dan murid 

Bagi Program Guru Penyayang pula guru-guru ditekan menggunakan pendekatan hikmah dalam mendidik murid. Sekolah juga akan menyambut hari lahir murid dan guru secara berkala bagi menghargai guru dan murid.

Diharapkan program ini mencapai objektif yang disasarkan.