Friday, 12 April 2013

Majlis Tadarus Al-Quran & Festival Nasyeed

Assalamualaikum.

SK Taman Nusa Damai telah menjadi tuan rumah bagi acara Majlis Tadarus Al-Quran & Festival Nasyeed peringkat daerah Pasir Gudang. Dewan Seri Damai Utama bergema dengan selawat, zikir serta puji-pujian kepada Allah SWT. 

Kemantapan lontaran vokal serta kalimah pujian anak-anak murid Daerah Pasir Gudang menjadi taruhan sebelum dinobatkan menjadi johan. Program ini selaras dengan Firman Allah dalam Surah Ar-Raad ayat 28, "Dengan mengingati Allah jiwa akan menjadi tenang". 


Aqsa Syarif turut dijemput untuk jualan dan pamerah. Semoga usaha ini menjadi sebahagian amalan di sisi Allah. 

Terima kasih.

Friday, 5 April 2013

Perasmian Blog SK Taman Nusa Damai

Dengan lafaz Bismillahirahmanirrahim

Saya Tuan Haji Abdullah Bin Abd Rahman
Ahli Majlis
Majlis Perbandaran Pasir Gudang
Merasmikan Blog Rasmi SK Taman Nusa Damai


Tuesday, 2 April 2013

Interactive Learning Dilancarkan


Admin telah menambah satu lagi ruang yang merupakan sudut pembelajaran yang mudah dan menarik. Berkonsepkan Interaktive Learning kolum ini memberi tumpuan kepada kaedah pembelajaran yang pantas dan mudah.

Kolum ini juga akan mengumpulkan kaedah pembelajaran dari pelbagai sumber seperti Youtube, Google Scholar dan sebagaian yang mencakupi pelbagai mata pelajaran.

Diharapkan kolum ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh murid dan warga pendidik SK Taman Nusa Damai.

Admin
Makmal ICT SKTND
3 April 2013 / 9.25 pagi

Jadual Ujian Pencapaian Sekolah Rendah 2013


Jadual Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2013 yang dipaparkan di web Kementerian Pelajaran Malaysia