SKTND SEDERAP MELONJAKKAN KECEMERLANGAN AKADEMIK

18 Orang Murid 5A, 1.86 GPS Keseluruhan, Ranking ke-3 Dareah Pasir Gudang. TAHNIAH SK TAMAN NUSA DAMAI

VISI DAN MISI SEKOLAH

Matlamat Sekolah Kebangsaan Taman Nusa Damai Menuju Gemilang.

SLOGAN SEKOLAH

Menjadikan Murid Hebat Sebagai Pemangkin Kecemerlangan.

SKTND MEMENUHI STANDART KUALITI

SK Taman Nusa Damai Mencapai 94.2 % Standart Pengurusan Sekolah Kualiti (SPSK) SYABAS DAN TAHNIAH.

MELAKSANAKAN 3K DI SEKOLAH

Sekolah Selamat Kecemerlangan Meningkat.

Penafian

Penulis TIDAK akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian atau masalah yang timbul akibat penggunaan panduan atau maklumat yang terdapat di dalamnya. Dengan menggunakan segala maklumat yang terkandung di dalam blog ini, anda telah bersetuju untuk tidak melibatkan penulis sekiranya blog ini mengakibatkan anda mengalami kerugian dan masalah berkaitan potensi dan prestasi ke atas aset anda sama ada online dan offline.

Segala penulisan dalam “sktamannusadamai.blogspot.com” adalah hak milik penulis sepenuhnya. Sebarang pengeluaran, percetakan semula ataupun dikeluarkan dalam apa-apa bentuk penerbitan sekalipun tanpa kebenaran rasmi secara daripada penulis adalah dilarang sama sekali. Sekiranya anda didapati melanggar peraturan hakcipta ini, tindakan yang serius akan diambil ke atas anda.

Nota: Peraturan ini diwujudkan untuk melindungi hak dan pemilikan penulis serta untuk memastikan haknya terpelihara.
Showing posts with label BIMBINGAN DAN KAUNSELING. Show all posts
Showing posts with label BIMBINGAN DAN KAUNSELING. Show all posts

Sunday, 3 March 2013

Pelancaran Minggu Anti Dadah SKTND

Assalamualaikum.

Segala puji bagi Allah kerana dengan keizinan-Nya Minggu Anti Dadah Peringkat SK Taman Nusa Damai. Majlis ini dijalankan bagi memupuk semangat dan kerjasama di kalangan murid-murid dalam membanteras najis dadah. Tema bagi Minggu Anti Dadah SK Taman Nusa Damai ialah 1 Malaysia Membanteras Dadah.

Matlamat utama program ini ialah melahirkan pelajar yang mengamalkan gaya hidup yang sihat dan bersih dari najis dadah. 

En. Rashdan membaca doa agar majlis diberkati Allah
En. Mohammad membaca perutusan Pengarah Pelajaran Negeri Johor
Tuan Pengarah JPN Johor menekankan agar kawasan sekolah merupakan kawasan bebas asap sebagai mekanisme awal untuk mengawal penularan najis dadah. Negeri Johor juga berhasrat untuk mengetatkan undang-undang merokok di tempat awam agar negeri johor bebas dari asap rokok.


Diharapkan program ini dapat meningkatkan kesedaran dikalangan murid tentang bahaya najis dadah. Inshaa Allah SKTND berjanji akan membanteras najis dadah dengan bersungguh-sungguh.


Thursday, 28 February 2013

Majlis Akujanji Calon UPSR 2013

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah pada 1 Mac 2013 bertempat di  Dewan Sri Damai Utama telah di adakan Majlis Akujanji Calon UPSR 2013. Majlis ini telah disempurnakan oleh Tuan Guru Besar En Mohammad bin Jaafar. 


Calon UPSR telah menandatangani surat perjanjian bahawa akan mencapaian sasaran sekolah dalam UPSR. Program ini secara tidak langsung dapat membangkitkan kesedaran calon UPSR mengenai tanggangjawab mereka.

En. Mohammad menyampaikan ucapan dan harapan pihak sekolah.


Majlis ini dijalankan sempena program "Diamond In The Sky" iaitu program pemantapan akademik calon UPSR Zon Akademik Zon G, Pasir Gudang. 

Diharapkan program ini dapat meningkatkan pencapaian UPSR 2013.



Monday, 4 February 2013

Pelancaran Program 1 Kelas 1 Tandas dan Guru Penyayang

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah pada 5 Februari 2013 telah berlangsung majlis pelancaran Program 1 Kelas dan 1 Tandas serta Program Guru Penyayang.

Program ini dilaksanakan bagi membentuk disiplin murid agar sentiasa menjaga kebersihan kawasan persekolahan. 

"Program ini membuktikan bahawa SKTND sentiasa cakna dalam membentuk sahsiah murid dan pembentukan akhlak yang terpuji", kata Puan Rohanah GPK HEM SKTND.
Puan Rohanah menyerahkan buku pengurusan keluar kelas sebagai simbolik perasmian


Program ini juga telah dilancarkan semalam untuk sesi petang. Pelancaran sesi petang telah disempurnakan oleh En. Mohammad bin Jaafar Guru Besar SKTND. 


Sambutan Hari Lahir untuk guru dan murid 

Bagi Program Guru Penyayang pula guru-guru ditekan menggunakan pendekatan hikmah dalam mendidik murid. Sekolah juga akan menyambut hari lahir murid dan guru secara berkala bagi menghargai guru dan murid.

Diharapkan program ini mencapai objektif yang disasarkan.

Friday, 4 January 2013

Top A Star

Pada 5 Januari 2013 Majlis Bertindak Tahun 6 telah berjaya mengumpulkan ibu bapa  calon UPSR 2013 sebagai langkah pertama persediaan Kecemerlangan UPSR. 

Program dibahagikan kepada beberapa slot. Slot yang pertama ialah slot motivasi yang dikendalikan oleh Pak Anjang MD. Penceramah menyentuh beberapa aspek untuk kecemerlangan murid. Penceramah juga memberi suntikan semangat kepada ibu bapa calon.



Slot yang kedua ialah perjumpaan guru tahun 6 bersama ibu bapa. Perjumpaan ini bertujuan untuk menerangkan program tahun 6 yang akan meningkatkan pencapaian pelajar.


Diharapkan langkah awal ini akan menjadi pecutan ke arah kegemilangan. Ameen

Thursday, 12 April 2012

Kem Motivasi Tahun 6

Pihak sekolah sentiasa memandang serius terhadap pencapaian murid tahun 6 memandangkan SK Taman Nusa Damai mempunyai 161 calon UPSR. Sudah pasti ibu bapa menaruh harapan besar terhadap kesungguhan pihak sekolah demi pencapaian calon UPSR.

Justeru itu di bawah Unit Bimbingan dan Kaunseling maka murid tahun 6 telah dikumpulkan selama 3 hari 2 malam, berkampung di sekolah bagi memberi persediaan serta pendedahan awal UPSR. 

Tahun 6 mendengar taklimat program

En. Azman Buangsi selaku Kem Komandan




Sesi makan malam. Makan yang baik akan menjana pemikiran yang baik



Bersama penceramah jemputan