VISI
SEKOLAH UNGGUL PENJANA GENERASI TERBILANG
MISI
MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU MELALUI PENDIDIKAN BERKUALITI
PIAGAM PELANGGAN
Kami Warga Sekolah Kebangsaan Taman Nusa Damai dengan penuh keinsafan berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh perhatian dan usaha kami untuk memastikan :1. Kecemerlangan Kurikulum anak-anak didik kami.
2. Kecemerlangan Kokurikulum hingga ke peringkat yang tertinggi.
3. Kecemerlangan Sahsiah dan Disiplin seluruh warga SKTND.
4. Persekitaran yang ceria dan kondusif di dalam dan di luar bilik darjah .
5. Pengurusan yang cekap, telus, tulus dan mesra.
6. Perhubungan yang rapat dan mesra dengan komuniti.
Assalamualaikum Cikgu,
ReplyDeleteSaya sebagai ibu bapa ingin menyentuh sedikit mengenai pekara 5.(Pengurusan yg cekap)
Mmg tidak dinafikan SK Nusa Damai adalah sekolah yg baik dan terus meningkat akan prestasinya. Saya suka sikap guru yang tegas dan mengambil berat ke atas anak murid.Terima Kasih dan tahniah.
Di sini saya ingin mencadangkan beberapa pekara yg boleh diperbaiki lagi dalam pengurusan untuk kebaikkan bersama sekiranya boleh dilaksanakan .
1. Setiap tahun baru ibubapa perlu mengisi borang dan menyertakan surat beranak , IC dan slip gaji. Pada pendapat saya up date borang adalah perlu tetapi memberi
salinan IC dan surat beranak adalah tidak perlu setiap tahun ini adalah kerana
ianya tidak berubah mengikut tahun. Saya percaya setiap murid mempunya rekod dan failnya sendiri. Adalah lebih professional fail itu diserahkan kepada guru kelas masing-masing di mana file itu telah dilengkapi dgn IC dan surat beranak murid sejak dari mula ia didaftarkan.
Selain daripada itu, mungkin guru-guru boleh membuat inisiatif dengan mengadakan satu student data base dimana guru-guru perlu membuat scan copy (relevant documents ) dan install dalam program excell. Excell boleh dismabungkan kepada link attachment (dokumen -spert surat beranak dan sebagainya) . Oleh itu guru mana-mana pun boleh membuka data base itu dan melihat segala document murid didalam data base itu dengan menaip nama ataupun no sijil surat beranak. Guru tidak perlu lagi melihat hard copy.
Faedahnya adalah
1. Ianya percuma hanya menggunakan program excell.
2. Tidak menyusahkan ibubapa setiap tahun samada ibubapa bekerja atau tidak dan
tidak menjadikan pekara ini sebagai rutin yg menyusahkan setiap tahun.
3.Memudahkan guru utk mencari dokumen hanya taip dan lihat.
4.Menjimatkan ruang dan fail (kos) .
5.Mengamalkan "continuous improvement"
6.Menggunakan teknologi terkini daripada menggunakan cara lapuk ( kertas dan fail)
2. Menggunakan e-mail sekiranya ada maklumat terkini kepada ibubapa yg mempunyai e-mail.
Sekian terima kasih saya harap pihak sekolah dapat mempertimbangkan cadangan ini.