SKTND SEDERAP MELONJAKKAN KECEMERLANGAN AKADEMIK

18 Orang Murid 5A, 1.86 GPS Keseluruhan, Ranking ke-3 Dareah Pasir Gudang. TAHNIAH SK TAMAN NUSA DAMAI

VISI DAN MISI SEKOLAH

Matlamat Sekolah Kebangsaan Taman Nusa Damai Menuju Gemilang.

SLOGAN SEKOLAH

Menjadikan Murid Hebat Sebagai Pemangkin Kecemerlangan.

SKTND MEMENUHI STANDART KUALITI

SK Taman Nusa Damai Mencapai 94.2 % Standart Pengurusan Sekolah Kualiti (SPSK) SYABAS DAN TAHNIAH.

MELAKSANAKAN 3K DI SEKOLAH

Sekolah Selamat Kecemerlangan Meningkat.

Penafian

Penulis TIDAK akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian atau masalah yang timbul akibat penggunaan panduan atau maklumat yang terdapat di dalamnya. Dengan menggunakan segala maklumat yang terkandung di dalam blog ini, anda telah bersetuju untuk tidak melibatkan penulis sekiranya blog ini mengakibatkan anda mengalami kerugian dan masalah berkaitan potensi dan prestasi ke atas aset anda sama ada online dan offline.

Segala penulisan dalam “sktamannusadamai.blogspot.com” adalah hak milik penulis sepenuhnya. Sebarang pengeluaran, percetakan semula ataupun dikeluarkan dalam apa-apa bentuk penerbitan sekalipun tanpa kebenaran rasmi secara daripada penulis adalah dilarang sama sekali. Sekiranya anda didapati melanggar peraturan hakcipta ini, tindakan yang serius akan diambil ke atas anda.

Nota: Peraturan ini diwujudkan untuk melindungi hak dan pemilikan penulis serta untuk memastikan haknya terpelihara.

Saturday 16 November 2013

Jamuan Akhir Tahun dan Perpisahan Guru dan Staf SKTND 2013

Alhamdulillah pada 20 November yang lalu KEBIRUS SKTND telah menganjurkan jamuan serta Majlis Perpisahan bagi GUru dan Staf yang telah berpindah ke sekolah yang baharu.

Majlis yang ringkas dan sederhana ini diadakan di Dewan Sri Damai Utama dengan kehadiran guru dan staf yang diraikan. Kita mengharapkan agar ukhuwah yang dibina akan terus terjalin.



En. Suhaimi mewakili guru dan staf yang telah berpindah. Kini En. Suhaimi telah bertugas di PPD Pasir Gudang di Bahagian Swasta.

En. Yusri dan En. Rahim turut hadir



Sunday 27 October 2013

Tahniah dan Syabas

Tahniah dan syabas diucapkan kepada pasukan pasukan bola baling bawah 11 kerana menjadi Naib Johan Pertandingan Bola Baling bawah 11 anjuran Pejabat Pelajaran Daearah Pasir Gudang.

Terima kasih diucapkan kepada En. Gerald Unan Meru atas latihan dan bimbingan. 

Thursday 17 October 2013

Video Perkhemahan Perdana Badan Beruniform SK Taman Nusa Damai 2013




Terima Kasih Kepada semua yang menjayakan program perkhemahan ini.

Sunday 6 October 2013

Tahniah dan Syabas kepada wakil SKTND ke Perkhemahan RIMUP

 Tahniah diucapkan kepada murid yang telah terpilih mewakili SKTND dalam Perkhemahan RIMUP di SK Perigi Acheh.


Jamuan Jasamu Di Kenang


Terima kasih diucapkan kepada KRT Zon Sentosa dan PIBG SKTND kerana nenganjurkan majlis seumpama ini.

Guru Besar dalam ucapan beliau berharap agar majlis seumpama ini dapat merapatkan hubungan profesionalisme dan ukhuwah di kalangan pendidik dan ibu bapa.
Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan majlis ini

Friday 6 September 2013

Latihan Hoki di SK Kopok


Latihan hoki untuk Pertandingan Hoki Terbuka Antarabangsa USM Penang telah bermula. Latihan dijalankan bersama En. Fahmi dan pelajar Maktab Sultan Abu Bakar.

Wednesday 26 June 2013

Solat Hajat dan Ceramah Semarak Ramadhan

Jawatankuasa Dakwah dengan kerjasama Panatia Pendidikan Islam akan menganjurkan solat hajat tahun 6 dan ceramah semarak ramadhan. Ceramah akan disampaikan oleh YDP Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM) Tuan Haji Mokri Bin Sabran. 


Butiran program seperti dibawah :
            Tarikh : 27 Jun 2013 (Khamis Malam Jumaat)
            Masa  : 6.45 petang (solat maghrib berjemaah)
            Tempat : Dewan Seri Damai Utama, SK Taman Nusa Damai.

Pihak sekolah menjemput ibu bapa dan pelajar tahun 6 bersama-sama untuk menjayakan majlis ilmu ini.

Sekian

Wednesday 15 May 2013

Selamat Hari Guru 2013

Selamat Hari Guru terutama buat guru SK Taman Nusa Damai yang tidak jemu berusaha untuk meningkatkan  pencapaian akademik murid serta memastikan pembentukan akhlak dan sahsiah terpuji. 

Kami guru-guru SK Taman Nusa Damai berikrar dan berjanji membimbing dan mendidik putera puteri kami. Apa yang kami janji tunai tetap kami tunaikan.






Friday 12 April 2013

Majlis Tadarus Al-Quran & Festival Nasyeed

Assalamualaikum.

SK Taman Nusa Damai telah menjadi tuan rumah bagi acara Majlis Tadarus Al-Quran & Festival Nasyeed peringkat daerah Pasir Gudang. Dewan Seri Damai Utama bergema dengan selawat, zikir serta puji-pujian kepada Allah SWT. 

Kemantapan lontaran vokal serta kalimah pujian anak-anak murid Daerah Pasir Gudang menjadi taruhan sebelum dinobatkan menjadi johan. Program ini selaras dengan Firman Allah dalam Surah Ar-Raad ayat 28, "Dengan mengingati Allah jiwa akan menjadi tenang". 


Aqsa Syarif turut dijemput untuk jualan dan pamerah. Semoga usaha ini menjadi sebahagian amalan di sisi Allah. 

Terima kasih.

Friday 5 April 2013

Perasmian Blog SK Taman Nusa Damai

Dengan lafaz Bismillahirahmanirrahim

Saya Tuan Haji Abdullah Bin Abd Rahman
Ahli Majlis
Majlis Perbandaran Pasir Gudang
Merasmikan Blog Rasmi SK Taman Nusa Damai


Tuesday 2 April 2013

Interactive Learning Dilancarkan


Admin telah menambah satu lagi ruang yang merupakan sudut pembelajaran yang mudah dan menarik. Berkonsepkan Interaktive Learning kolum ini memberi tumpuan kepada kaedah pembelajaran yang pantas dan mudah.

Kolum ini juga akan mengumpulkan kaedah pembelajaran dari pelbagai sumber seperti Youtube, Google Scholar dan sebagaian yang mencakupi pelbagai mata pelajaran.

Diharapkan kolum ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh murid dan warga pendidik SK Taman Nusa Damai.

Admin
Makmal ICT SKTND
3 April 2013 / 9.25 pagi

Jadual Ujian Pencapaian Sekolah Rendah 2013


Jadual Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2013 yang dipaparkan di web Kementerian Pelajaran Malaysia

Tuesday 12 March 2013

PROGRAM BEBAS DENGGI

1.         Nama Program         : PROGRAM BEBAS DENGGI

2.         Tarikh                         :  11 MAC 2013

3.         Hari / Masa                :  ISNIN ( 8.30 pagi )

4.         Tempat                       :   DEWAN SERI DAMAI UTAMA

5.         Objektif                       :  5.1 Untuk mendedahkan kanak-kanak sekolah kepada
                                                         aktiviti pencegahan dan kawalan denggi dengan
                                                         tujuan mewujudkan satu kumpulan yang menjadi
                                                         "change agent" kepada masyarakat.
                                                  5.2 Memberi kesedaran, kefahaman dan kemahiran
                                                         bagi menghindari dan mencegah demam denggi.
                                                  5.3 Mewujudkan masyarakat sifar denggi.

6.         Sasaran                     : Semua murid Tahap 2










7. Penilaian Program  :   Guru Besar, GPK Pentadbiran dan GPK HEM

            7.1 Kekuatan Program        : 1. Program dapat berjalan dengan lancar dan
                                                            mendapat kerjasama daripada guru – guru yang
                                                                  terlibat.
                                                     
            7.2 Kelemahan Program    : 1. Program bermula lewat dari jadual asal kerana
                                                                  kelewatan penceramah jemputan.
                                                              2.  Masa murid melihat pameran terlalu singkat
                                                                   kerana kekangan masa.
                                                              3. Hari pelaksanaan program kurang sesuai kerana
                                                                  jatuh pada minggu ujian bulanan.

            7.3 Cadangan Penambahbaikan : Pada tahun hadapan akan cuba melibatkan
                                                                         merancang untuk :-
                                                                         1. Mengadakan program ini secara                                                                                     menyeluruh dengan melibatkan semua
                                                                             guru dan murid Tahap 1 dan 2.
                                                                        2. Memilih hari yang lebih sesuai untuk
                                                                            mengadakan program ini untuk
                                                                            mengelakkan mengganggu murid membuat
                                                                  persediaan untuk menghadapi ujian bulanan

Wednesday 6 March 2013

Sekitar MSS Zon Pasir Putih



Assalamualaikum. Kini sedang berlangsung MSS Zon Pasir Putih di SK Pasir Gudang 4. SK Taman Nusa Damai mensasarkan beberapa pingat untuk dibawa pulang. Menurut Ketua Jurulatih SKTND En. Sholihin sasaran yang dibuat berdasarkan kekuatan dan analisis yang telah dilakukan bersama jurulatih lain.


Antara para peserta
Peserta sentiasa diingatkan agar sentiasa bertanding dalam suasana yang sihat serta menjaga nama sekolah. "Kalah dan menang menjadi adat pada setiap pertandingan. Namun pengajaran yang sebenar adalah bergantung pada nilai yang dipelajari", antara pesanan yang diberikan oleh En Nik Hafidzu kepada peserta.


Semoga SKTND mampu merialisasikan hasrat dan harapan pihak sekolah.

SKTND, RISE A FLAG HIGH

Sunday 3 March 2013

Pelancaran Minggu Anti Dadah SKTND

Assalamualaikum.

Segala puji bagi Allah kerana dengan keizinan-Nya Minggu Anti Dadah Peringkat SK Taman Nusa Damai. Majlis ini dijalankan bagi memupuk semangat dan kerjasama di kalangan murid-murid dalam membanteras najis dadah. Tema bagi Minggu Anti Dadah SK Taman Nusa Damai ialah 1 Malaysia Membanteras Dadah.

Matlamat utama program ini ialah melahirkan pelajar yang mengamalkan gaya hidup yang sihat dan bersih dari najis dadah. 

En. Rashdan membaca doa agar majlis diberkati Allah
En. Mohammad membaca perutusan Pengarah Pelajaran Negeri Johor
Tuan Pengarah JPN Johor menekankan agar kawasan sekolah merupakan kawasan bebas asap sebagai mekanisme awal untuk mengawal penularan najis dadah. Negeri Johor juga berhasrat untuk mengetatkan undang-undang merokok di tempat awam agar negeri johor bebas dari asap rokok.


Diharapkan program ini dapat meningkatkan kesedaran dikalangan murid tentang bahaya najis dadah. Inshaa Allah SKTND berjanji akan membanteras najis dadah dengan bersungguh-sungguh.


Friday 1 March 2013

Kursus Tatabahasa Akademik Zon G Pasir Gudang

Pada 2 Mac 2013, Panatia Bahasa Melayu dengan kerjasama Jawatankuasa Akademik Zon G telah menganjurkan Kursus Tatabahasa Akademik Zon G, Pasir Gudang. Kursus  pemantapan ini bertujuan untuk memantapkan pengetahuan guru-guru Bahasa Melayu dalam tatabahasa khususnya Kertas Pemahaman mengikut soalan UPSR. 


Kursus ini telah disampaikan oleh Encik Azhar bin Salleh, Munshi Dewan Dewan Bahasa dan Pustaka. Encik Azhar menekankan aspek tatabahasa yang menepati Tatabahasa Dewan agar murid-murid terdedah kepada penggunaan tatabahasa yang betul.




Diharapkan dengan pendedahan ini dapat meningkatkan pengetahuan guru dalam tatabahasa dan dapat diimplementasikan di sekolah.

Thursday 28 February 2013

Majlis Akujanji Calon UPSR 2013

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah pada 1 Mac 2013 bertempat di  Dewan Sri Damai Utama telah di adakan Majlis Akujanji Calon UPSR 2013. Majlis ini telah disempurnakan oleh Tuan Guru Besar En Mohammad bin Jaafar. 


Calon UPSR telah menandatangani surat perjanjian bahawa akan mencapaian sasaran sekolah dalam UPSR. Program ini secara tidak langsung dapat membangkitkan kesedaran calon UPSR mengenai tanggangjawab mereka.

En. Mohammad menyampaikan ucapan dan harapan pihak sekolah.


Majlis ini dijalankan sempena program "Diamond In The Sky" iaitu program pemantapan akademik calon UPSR Zon Akademik Zon G, Pasir Gudang. 

Diharapkan program ini dapat meningkatkan pencapaian UPSR 2013.



Friday 22 February 2013

Kursus Profesionalisme Keguruan

Alhamdulillah pada 23 Februari 2013 Unit LDP telah menganjurkan Kursus Profesionalisme Keguruan. Kursus ini memberi pendekatan kepada pembangunan profesionalisme pendidik. Disamping itu juga, guru diberi pendedahan terhadap kemahiran dan teknik terbaharu dalam penyampaian ilmu pengetahuan. 

En. Sholihin bin Yusha menyampaikan tajuk : Konsep Pengamalan Disiplin Di Kalangan Guru Terhadap Anak Didik.
Kursus ini terbahagi kepada beberapa slot iaitu :
1. Konsep Pengamalan Disiplin Di Kalangan Guru Terhadap Anak Didik
2. Warga Tua
3. Konsep Guru Penyayang
4. Pembentangan SPSK 2013
5. Profesionalisme Keguruan

Peserta kursus
Guru Penolong Kanan turut hadir mendengar perkongsian yang disampaikan
Diharapkan dengan berjalannya kursus ini guru dapat meningkatkan profesionalisme di kalangan pendidik SK Taman Nusa Damai. Inshaa Allah.


KEHEBATAN TUNJANG KECEMERLANGAN
SEDERAP SEPAKAT MENJANA KUALITI

Monday 4 February 2013

Pelancaran Program 1 Kelas 1 Tandas dan Guru Penyayang

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah pada 5 Februari 2013 telah berlangsung majlis pelancaran Program 1 Kelas dan 1 Tandas serta Program Guru Penyayang.

Program ini dilaksanakan bagi membentuk disiplin murid agar sentiasa menjaga kebersihan kawasan persekolahan. 

"Program ini membuktikan bahawa SKTND sentiasa cakna dalam membentuk sahsiah murid dan pembentukan akhlak yang terpuji", kata Puan Rohanah GPK HEM SKTND.
Puan Rohanah menyerahkan buku pengurusan keluar kelas sebagai simbolik perasmian


Program ini juga telah dilancarkan semalam untuk sesi petang. Pelancaran sesi petang telah disempurnakan oleh En. Mohammad bin Jaafar Guru Besar SKTND. 


Sambutan Hari Lahir untuk guru dan murid 

Bagi Program Guru Penyayang pula guru-guru ditekan menggunakan pendekatan hikmah dalam mendidik murid. Sekolah juga akan menyambut hari lahir murid dan guru secara berkala bagi menghargai guru dan murid.

Diharapkan program ini mencapai objektif yang disasarkan.