SKTND SEDERAP MELONJAKKAN KECEMERLANGAN AKADEMIK

18 Orang Murid 5A, 1.86 GPS Keseluruhan, Ranking ke-3 Dareah Pasir Gudang. TAHNIAH SK TAMAN NUSA DAMAI

VISI DAN MISI SEKOLAH

Matlamat Sekolah Kebangsaan Taman Nusa Damai Menuju Gemilang.

SLOGAN SEKOLAH

Menjadikan Murid Hebat Sebagai Pemangkin Kecemerlangan.

SKTND MEMENUHI STANDART KUALITI

SK Taman Nusa Damai Mencapai 94.2 % Standart Pengurusan Sekolah Kualiti (SPSK) SYABAS DAN TAHNIAH.

MELAKSANAKAN 3K DI SEKOLAH

Sekolah Selamat Kecemerlangan Meningkat.

Penafian

Penulis TIDAK akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian atau masalah yang timbul akibat penggunaan panduan atau maklumat yang terdapat di dalamnya. Dengan menggunakan segala maklumat yang terkandung di dalam blog ini, anda telah bersetuju untuk tidak melibatkan penulis sekiranya blog ini mengakibatkan anda mengalami kerugian dan masalah berkaitan potensi dan prestasi ke atas aset anda sama ada online dan offline.

Segala penulisan dalam “sktamannusadamai.blogspot.com” adalah hak milik penulis sepenuhnya. Sebarang pengeluaran, percetakan semula ataupun dikeluarkan dalam apa-apa bentuk penerbitan sekalipun tanpa kebenaran rasmi secara daripada penulis adalah dilarang sama sekali. Sekiranya anda didapati melanggar peraturan hakcipta ini, tindakan yang serius akan diambil ke atas anda.

Nota: Peraturan ini diwujudkan untuk melindungi hak dan pemilikan penulis serta untuk memastikan haknya terpelihara.

Saturday 21 April 2012

Taklimat Permata Biru

Sekolah Kebangsaan Taman Nusa Damai sentiasa berusaha sedaya upaya bagi memastikan kecermelangan murid di utamakan. Dibawah cetusan ilham Tuan Guru Besar sendiri iaitu Encik Mohamad Bin Jaafar Program Permata Biru merupakan salah satu program untuk murid Tahun 6. 

Bagi memastikan objektif Program Permata Biru ini tercapai maka pihak sekolah telah menjemput ibu bapa murid Tahun 6 untuk menjelaskan modus operandi penggerak Program Permata Biru. Taklimat disampaikan sendiri oleh Tuan Guru Besar.


Tuan Guru Besar menjelaskan kaedah yang dijalankan dibawah Program Permata Biru






Antara ibu bapa murid yang hadir mendengar taklimat







Bilik mesyuarat SK Taman Nusa Damai penuh dengan kehadiran ibu bapa








Thursday 12 April 2012

Kem Motivasi Tahun 6

Pihak sekolah sentiasa memandang serius terhadap pencapaian murid tahun 6 memandangkan SK Taman Nusa Damai mempunyai 161 calon UPSR. Sudah pasti ibu bapa menaruh harapan besar terhadap kesungguhan pihak sekolah demi pencapaian calon UPSR.

Justeru itu di bawah Unit Bimbingan dan Kaunseling maka murid tahun 6 telah dikumpulkan selama 3 hari 2 malam, berkampung di sekolah bagi memberi persediaan serta pendedahan awal UPSR. 

Tahun 6 mendengar taklimat program

En. Azman Buangsi selaku Kem Komandan




Sesi makan malam. Makan yang baik akan menjana pemikiran yang baik



Bersama penceramah jemputan




Matlamat Dan Objektif Sekolah


MATLAMAT SEKOLAH : 
Pada tahun 2013 Sekolah Kebangsaan Taman Nusa Damai akan :
i) Mencapai prestasi 100% kelulusan UPSR
ii) Melahirkan murid cemerlang dalam bidang Kurikulum, kokurikulum dan bersahsiah.
iii) Melahirkan murid 100% dalam penguasaan 3M, celik jawi, Al-Quran dan komputer.

OBJEKTIF SEKOLAH : 
Sekolah Kebangsaan Taman Nusa Damai akan berusaha sedaya upaya untuk mencapai objektif sekolah seperti berikut:
 ~ 100% dalam UPSR
 ~ melahirkan murid yang berdisiplin kendiri
 ~ menyediakan sekolah sebagai tempat yang ceria, bersih dan selamat
 ~ melahirkan warga sekolah yang mengamalkan budaya kerja yang cemerlang
 ~ mengekalkan hubungan yang baik dengan masyarakat setempat

Visi, Misi Dan Piagam Pelanggan Sekolah


VISI 
SEKOLAH UNGGUL PENJANA GENERASI TERBILANG

MISI 
MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU MELALUI PENDIDIKAN BERKUALITI 

PIAGAM PELANGGAN 
Kami Warga Sekolah Kebangsaan Taman Nusa Damai dengan penuh keinsafan berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh perhatian dan usaha kami untuk memastikan :

1. Kecemerlangan Kurikulum anak-anak didik kami.
2. Kecemerlangan Kokurikulum hingga ke peringkat yang tertinggi.
3. Kecemerlangan Sahsiah dan Disiplin seluruh warga SKTND.
4. Persekitaran yang ceria dan kondusif di dalam dan di luar bilik darjah .
5. Pengurusan yang cekap, telus, tulus dan mesra.
6. Perhubungan yang rapat dan mesra dengan komuniti.

Thursday 5 April 2012

Sekitar Majlis Sambutan Maulidur Rasul 2012

Pada 25 Februari 2012 Panatia Pendidikan Islam telah mengatur Sambutan Maulidur Rasul demi memperingati perjuangan serta pengajaran kisah Nabi Junjungan Muhammad S.A.W. Sambutan Maulidur Rasul ini bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan semasa guru yang pada ketika ini baru sahaja saling mengenali namun dapat juga mengerat hubungan di kalangan murid serta pekerja swasta sekolah. 

Pasukan kompang SKTND yang ketika ini baharu sahaja ditubuhkan.


Ketua Panatia Muzik

Cikgu Yusri dan ahli rombongan beliau

Selain perarakan Maulidur Rasul yang mengambil iktibar proses penghijrahan Nabi Muhammad, antara aktiviti yang turut dijalankan ialah ceramah, persembahan murid iaitu nasyid dan pertandingan mewarna bagi tahap 1.


En. Shaharudin Bitah Ketua Kawalan Murid





En Salim tukang masak a.k.a pak cik kantin


Ahli mesyuarat tertinggi




Cikgu Faisal (berbaju merah) dan Cikgu Yusri GPK Pentadbiran (berbaju kelabu)  turut memasak  sambil dipantau oleh Cikgu Shuhaimi (berjaket putih) GPK Petang.
Anak-anak SKTND
GPK Kokurikulum dan 1 Malaysia
Inilah orang yang berhempas pulas dari malam jejak ke pagi majlis masak dan menjaga dapur. Terima kasih diucapkan