Penafian

Penulis TIDAK akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian atau masalah yang timbul akibat penggunaan panduan atau maklumat yang terdapat di dalamnya. Dengan menggunakan segala maklumat yang terkandung di dalam blog ini, anda telah bersetuju untuk tidak melibatkan penulis sekiranya blog ini mengakibatkan anda mengalami kerugian dan masalah berkaitan potensi dan prestasi ke atas aset anda sama ada online dan offline.

Segala penulisan dalam “sktamannusadamai.blogspot.com” adalah hak milik penulis sepenuhnya. Sebarang pengeluaran, percetakan semula ataupun dikeluarkan dalam apa-apa bentuk penerbitan sekalipun tanpa kebenaran rasmi secara daripada penulis adalah dilarang sama sekali. Sekiranya anda didapati melanggar peraturan hakcipta ini, tindakan yang serius akan diambil ke atas anda.

Nota: Peraturan ini diwujudkan untuk melindungi hak dan pemilikan penulis serta untuk memastikan haknya terpelihara.

Sunday 3 March 2013

Pelancaran Minggu Anti Dadah SKTND

Assalamualaikum.


Segala puji bagi Allah kerana dengan keizinan-Nya Minggu Anti Dadah Peringkat SK Taman Nusa Damai. Majlis ini dijalankan bagi memupuk semangat dan kerjasama di kalangan murid-murid dalam membanteras najis dadah. Tema bagi Minggu Anti Dadah SK Taman Nusa Damai ialah 1 Malaysia Membanteras Dadah.

Matlamat utama program ini ialah melahirkan pelajar yang mengamalkan gaya hidup yang sihat dan bersih dari najis dadah. 

En. Rashdan membaca doa agar majlis diberkati Allah
En. Mohammad membaca perutusan Pengarah Pelajaran Negeri Johor
Tuan Pengarah JPN Johor menekankan agar kawasan sekolah merupakan kawasan bebas asap sebagai mekanisme awal untuk mengawal penularan najis dadah. Negeri Johor juga berhasrat untuk mengetatkan undang-undang merokok di tempat awam agar negeri johor bebas dari asap rokok.


Diharapkan program ini dapat meningkatkan kesedaran dikalangan murid tentang bahaya najis dadah. Inshaa Allah SKTND berjanji akan membanteras najis dadah dengan bersungguh-sungguh.


0 comments:

Post a Comment