SKTND SEDERAP MELONJAKKAN KECEMERLANGAN AKADEMIK

18 Orang Murid 5A, 1.86 GPS Keseluruhan, Ranking ke-3 Dareah Pasir Gudang. TAHNIAH SK TAMAN NUSA DAMAI

VISI DAN MISI SEKOLAH

Matlamat Sekolah Kebangsaan Taman Nusa Damai Menuju Gemilang.

SLOGAN SEKOLAH

Menjadikan Murid Hebat Sebagai Pemangkin Kecemerlangan.

SKTND MEMENUHI STANDART KUALITI

SK Taman Nusa Damai Mencapai 94.2 % Standart Pengurusan Sekolah Kualiti (SPSK) SYABAS DAN TAHNIAH.

MELAKSANAKAN 3K DI SEKOLAH

Sekolah Selamat Kecemerlangan Meningkat.

Penafian

Penulis TIDAK akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian atau masalah yang timbul akibat penggunaan panduan atau maklumat yang terdapat di dalamnya. Dengan menggunakan segala maklumat yang terkandung di dalam blog ini, anda telah bersetuju untuk tidak melibatkan penulis sekiranya blog ini mengakibatkan anda mengalami kerugian dan masalah berkaitan potensi dan prestasi ke atas aset anda sama ada online dan offline.

Segala penulisan dalam “sktamannusadamai.blogspot.com” adalah hak milik penulis sepenuhnya. Sebarang pengeluaran, percetakan semula ataupun dikeluarkan dalam apa-apa bentuk penerbitan sekalipun tanpa kebenaran rasmi secara daripada penulis adalah dilarang sama sekali. Sekiranya anda didapati melanggar peraturan hakcipta ini, tindakan yang serius akan diambil ke atas anda.

Nota: Peraturan ini diwujudkan untuk melindungi hak dan pemilikan penulis serta untuk memastikan haknya terpelihara.
Showing posts with label HEM. Show all posts
Showing posts with label HEM. Show all posts

Tuesday, 12 March 2013

PROGRAM BEBAS DENGGI

1.         Nama Program         : PROGRAM BEBAS DENGGI

2.         Tarikh                         :  11 MAC 2013

3.         Hari / Masa                :  ISNIN ( 8.30 pagi )

4.         Tempat                       :   DEWAN SERI DAMAI UTAMA

5.         Objektif                       :  5.1 Untuk mendedahkan kanak-kanak sekolah kepada
                                                         aktiviti pencegahan dan kawalan denggi dengan
                                                         tujuan mewujudkan satu kumpulan yang menjadi
                                                         "change agent" kepada masyarakat.
                                                  5.2 Memberi kesedaran, kefahaman dan kemahiran
                                                         bagi menghindari dan mencegah demam denggi.
                                                  5.3 Mewujudkan masyarakat sifar denggi.

6.         Sasaran                     : Semua murid Tahap 2










7. Penilaian Program  :   Guru Besar, GPK Pentadbiran dan GPK HEM

            7.1 Kekuatan Program        : 1. Program dapat berjalan dengan lancar dan
                                                            mendapat kerjasama daripada guru – guru yang
                                                                  terlibat.
                                                     
            7.2 Kelemahan Program    : 1. Program bermula lewat dari jadual asal kerana
                                                                  kelewatan penceramah jemputan.
                                                              2.  Masa murid melihat pameran terlalu singkat
                                                                   kerana kekangan masa.
                                                              3. Hari pelaksanaan program kurang sesuai kerana
                                                                  jatuh pada minggu ujian bulanan.

            7.3 Cadangan Penambahbaikan : Pada tahun hadapan akan cuba melibatkan
                                                                         merancang untuk :-
                                                                         1. Mengadakan program ini secara                                                                                     menyeluruh dengan melibatkan semua
                                                                             guru dan murid Tahap 1 dan 2.
                                                                        2. Memilih hari yang lebih sesuai untuk
                                                                            mengadakan program ini untuk
                                                                            mengelakkan mengganggu murid membuat
                                                                  persediaan untuk menghadapi ujian bulanan

Monday, 4 February 2013

Pelancaran Program 1 Kelas 1 Tandas dan Guru Penyayang

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah pada 5 Februari 2013 telah berlangsung majlis pelancaran Program 1 Kelas dan 1 Tandas serta Program Guru Penyayang.

Program ini dilaksanakan bagi membentuk disiplin murid agar sentiasa menjaga kebersihan kawasan persekolahan. 

"Program ini membuktikan bahawa SKTND sentiasa cakna dalam membentuk sahsiah murid dan pembentukan akhlak yang terpuji", kata Puan Rohanah GPK HEM SKTND.
Puan Rohanah menyerahkan buku pengurusan keluar kelas sebagai simbolik perasmian


Program ini juga telah dilancarkan semalam untuk sesi petang. Pelancaran sesi petang telah disempurnakan oleh En. Mohammad bin Jaafar Guru Besar SKTND. 


Sambutan Hari Lahir untuk guru dan murid 

Bagi Program Guru Penyayang pula guru-guru ditekan menggunakan pendekatan hikmah dalam mendidik murid. Sekolah juga akan menyambut hari lahir murid dan guru secara berkala bagi menghargai guru dan murid.

Diharapkan program ini mencapai objektif yang disasarkan.

Tuesday, 8 January 2013

Senarai Nama Murid Mengikut Kelas

Perhatian kepada guru SK Taman Nusa Damai, berikut merupakan senarai nama murid mengikut kelas :



TAHUN 1
TAHUN 5
TAHUN 6

Thursday, 12 July 2012

Sekitar Majlis Perlantikan Badan Kepimpinan Murid

Bagi menghargai dan mengiktiraf barisan pemimpin muda SK Taman Nusa Damai maka satu majlis penganugerahan watikah dan lafaz ikrar telah diadakan di Dewan Seri Damai Utama. Majlis telah dirasmikan oleh ASP Maznah Binti Masimin dari IPD Seri Alam. Diharapkan dengan penghargaan dari pihak sekolah ini dapat meningkatkan mutu kerja dan semangat pasukan di kalangan Badan Kepimpinan Murid.
































Saturday, 24 March 2012

Pas Kebenaran Keluar Kelas

Pas Kebenaran Keluar Kelas

Unit Disipilin, Sekolah Kebangsaan Taman Nusa Damai mengambil inisiatif untuk mengeluarkan Pas Kebenaran Keluar Kelas ini bagi memastikan kelancaran proses pengajran dan pembelajaran. 

Setiap guru akan dibekalkan dua keping kad di mana kad ini akan diklipkan di uniform murid semasa murid keluar dari bilik darjah. Ini dapat memastikan keluar masuk murid dalam keadaan teratur dan dalam bilangan yang terkawal.

Kad ini akan diedarkan minggu hadapan Insyallah.