SKTND SEDERAP MELONJAKKAN KECEMERLANGAN AKADEMIK

18 Orang Murid 5A, 1.86 GPS Keseluruhan, Ranking ke-3 Dareah Pasir Gudang. TAHNIAH SK TAMAN NUSA DAMAI

VISI DAN MISI SEKOLAH

Matlamat Sekolah Kebangsaan Taman Nusa Damai Menuju Gemilang.

SLOGAN SEKOLAH

Menjadikan Murid Hebat Sebagai Pemangkin Kecemerlangan.

SKTND MEMENUHI STANDART KUALITI

SK Taman Nusa Damai Mencapai 94.2 % Standart Pengurusan Sekolah Kualiti (SPSK) SYABAS DAN TAHNIAH.

MELAKSANAKAN 3K DI SEKOLAH

Sekolah Selamat Kecemerlangan Meningkat.

Penafian

Penulis TIDAK akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian atau masalah yang timbul akibat penggunaan panduan atau maklumat yang terdapat di dalamnya. Dengan menggunakan segala maklumat yang terkandung di dalam blog ini, anda telah bersetuju untuk tidak melibatkan penulis sekiranya blog ini mengakibatkan anda mengalami kerugian dan masalah berkaitan potensi dan prestasi ke atas aset anda sama ada online dan offline.

Segala penulisan dalam “sktamannusadamai.blogspot.com” adalah hak milik penulis sepenuhnya. Sebarang pengeluaran, percetakan semula ataupun dikeluarkan dalam apa-apa bentuk penerbitan sekalipun tanpa kebenaran rasmi secara daripada penulis adalah dilarang sama sekali. Sekiranya anda didapati melanggar peraturan hakcipta ini, tindakan yang serius akan diambil ke atas anda.

Nota: Peraturan ini diwujudkan untuk melindungi hak dan pemilikan penulis serta untuk memastikan haknya terpelihara.
Showing posts with label PIBG. Show all posts
Showing posts with label PIBG. Show all posts

Friday, 5 October 2012

PIBG AKTIF AKAN DIIKTIRAF KPM


KUALA LUMPUR 5 Okt. - Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) yang aktif membantu kecemerlangan pelajar dan sekolah akan diberikan pengiktirafan mulai tahun depan.


Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pengiktirafan tersebut wajar kerana kerjasama erat antara sekolah serta PIBG mampumembantu kecemerlangan pelajar dan sekolah berkenaan.

Sesetengahnya hubungan begini (antara sekolah dan PIBG) membantu (kecemerlangan). Tetapi, di sesetengah sekolah, PIBG tidak begitu aktif berperanan, jadi pencapaian (sekolah) pun menurun.

"Jadi saya hendak iktiraf sumbangan pimpinan ibu bapa di sekolah-sekolah," katanya selepas melawat SMK Seri Hartamas dekat sini hari ini. Hadir sama Pengetua SMK Seri Hartamas, Rosnimawati Saad dan Yang Dipertua PIBG SMK Seri Hartamas, Salmah Abu Bakar.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, bentuk pengiktirafan yang akan diberikan itu akan ditentukan kemudian.

Beliau memuji langkah PIBG SMK Seri Hartamas yang berjaya membantu mengekalkan prestasi sekolah itu antara sekolah harian terbaik Wilayah Persekutuan bagi peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

"Salah satu faktor yang saya dapati adalah kerjasama antara PIBG dengan sekolah. Di sini, pengetua dan Yang Dipertua PIBG bekerja rapat. "Ini satu contoh kepimpinan ibu bapa yang membantu meningkatkan tahap kecemerlangan pelajar," katanya.

Sunday, 27 May 2012

Sekitar Mesyuarat Agung PIBG Kali Pertama

Pada 1 April 2012 bertempat di Dewan Seri Damai Utama SK Taman Nusa Damai, Mesyuarat Agung Penubuhan PIBG telah dijalankan. Mesyuarat yang dihadiri kira-kira 200 ibu dan bapa telah dirasmikan oleh Encik Mohd Khairi Bin A. Malik, Setiausaha Politik Menteri Pengajian Tinggi. 

Selain melantik ahlijawatankuasa, perbincangan lebih menumpukan kepada isu-isu berbangkit yang mencakupi aspek keselamatan dan kelestarian sekolah. Terdapat beberapa perkara yang telah menjadi ketetapan dalam mesyuarat ini seperti jumlah sumbangan bagi setiap keluarga dan dasar PIBG, SK Taman Nusa Damai.





Antara hadirin yang hadir
































Ahli Jawatankuasa yang telah dilantik



















Ucapan Encik Mohd Khairi Bin A. Malik yang menyentuh kepada peranan dan sumbangan PIBG dalam membantu pihak sekolah


Persembahan Murid SK Taman Nusa Damai



Encik Mohd Khairi Bin A. Malik, Setiausaha Politik Menteri Pengajian Tinggi. 











Harapan kami dengan adanya PIBG SK Taman Nusa Damai dapat mengeratkan lagi perhubungan antara ibu bapa dan pihak sekolah dan menjadi jentera keunggulan SK Taman Nusa Damai