SKTND SEDERAP MELONJAKKAN KECEMERLANGAN AKADEMIK

18 Orang Murid 5A, 1.86 GPS Keseluruhan, Ranking ke-3 Dareah Pasir Gudang. TAHNIAH SK TAMAN NUSA DAMAI

VISI DAN MISI SEKOLAH

Matlamat Sekolah Kebangsaan Taman Nusa Damai Menuju Gemilang.

SLOGAN SEKOLAH

Menjadikan Murid Hebat Sebagai Pemangkin Kecemerlangan.

SKTND MEMENUHI STANDART KUALITI

SK Taman Nusa Damai Mencapai 94.2 % Standart Pengurusan Sekolah Kualiti (SPSK) SYABAS DAN TAHNIAH.

MELAKSANAKAN 3K DI SEKOLAH

Sekolah Selamat Kecemerlangan Meningkat.

Penafian

Penulis TIDAK akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian atau masalah yang timbul akibat penggunaan panduan atau maklumat yang terdapat di dalamnya. Dengan menggunakan segala maklumat yang terkandung di dalam blog ini, anda telah bersetuju untuk tidak melibatkan penulis sekiranya blog ini mengakibatkan anda mengalami kerugian dan masalah berkaitan potensi dan prestasi ke atas aset anda sama ada online dan offline.

Segala penulisan dalam “sktamannusadamai.blogspot.com” adalah hak milik penulis sepenuhnya. Sebarang pengeluaran, percetakan semula ataupun dikeluarkan dalam apa-apa bentuk penerbitan sekalipun tanpa kebenaran rasmi secara daripada penulis adalah dilarang sama sekali. Sekiranya anda didapati melanggar peraturan hakcipta ini, tindakan yang serius akan diambil ke atas anda.

Nota: Peraturan ini diwujudkan untuk melindungi hak dan pemilikan penulis serta untuk memastikan haknya terpelihara.
Showing posts with label KOKURIKULUM. Show all posts
Showing posts with label KOKURIKULUM. Show all posts

Sunday, 27 October 2013

Tahniah dan Syabas

Tahniah dan syabas diucapkan kepada pasukan pasukan bola baling bawah 11 kerana menjadi Naib Johan Pertandingan Bola Baling bawah 11 anjuran Pejabat Pelajaran Daearah Pasir Gudang.

Terima kasih diucapkan kepada En. Gerald Unan Meru atas latihan dan bimbingan. 

Wednesday, 6 March 2013

Sekitar MSS Zon Pasir Putih



Assalamualaikum. Kini sedang berlangsung MSS Zon Pasir Putih di SK Pasir Gudang 4. SK Taman Nusa Damai mensasarkan beberapa pingat untuk dibawa pulang. Menurut Ketua Jurulatih SKTND En. Sholihin sasaran yang dibuat berdasarkan kekuatan dan analisis yang telah dilakukan bersama jurulatih lain.


Antara para peserta
Peserta sentiasa diingatkan agar sentiasa bertanding dalam suasana yang sihat serta menjaga nama sekolah. "Kalah dan menang menjadi adat pada setiap pertandingan. Namun pengajaran yang sebenar adalah bergantung pada nilai yang dipelajari", antara pesanan yang diberikan oleh En Nik Hafidzu kepada peserta.


Semoga SKTND mampu merialisasikan hasrat dan harapan pihak sekolah.

SKTND, RISE A FLAG HIGH

Tuesday, 25 December 2012

Mesyuarat Pengurusan Kokurikulum

GPK KO-KURIKULUM
SK TAMAN NUSA DAMAI

Rumusan keseluruhan mesyuarat kokurikulum

  1. Penyelenggaraan peralatan kokurikulum.
  2. Kertas kerja dihantar sebulan sebelum program dijalankan.
  3. Tagging aset sekolah.
  4. Pengurusan sijil penyertaan murid sebagai pengiktirafan kepada murid yang mewakili sekolah.
  5. Pemakaian uniform semasa hari Rabu.
  6. Perlaksanaan dasar-dasar pelajaran dalam konteks kokurikulum.
  7. Perhimpunan rasmi minggu ke-3 ialah perhimpunan unit beruniform.
  8. Mesyuarat kokurikulum pertama pada 26 Januari 2013. Sila rujuk takwim sekolah.
Ayuh guru-guru SKTND "SEDERAP SEPAKAT MENJANA KUALITI"

Monday, 15 October 2012

Perkhemahan Perdana 2012

Pada 13 Oktober 2012 Unit Kokurikulum telah menganjurkan Perkhemahan Perdana SK Taman Nusa Damai di Tanjung Sedeli. Banyak aktiviti menarik yang menguji ketahanan fizikal dan mental murid-murid. Perkhemahan ini yang diuruskan oleh Penyelaras Badan Beruniform Ustaz Wan Azrol serta dibantu oleh Kem Komanden En Sabry Nor.



Menurut Ustaz Wan Azrol perkhemahan ini bukan sahaja mendidik murid menjadi pelajar yang berdisiplin malah mampu berdikari. Selain latihan fizikal penerapan unsur rohani yang menjadi tunjang pembangunan insan SK Taman Nusa Damai tidak dilupakan.




Murid-murid juga diminta membuat persembahan pada malam yang terakhir. Persembahan ini bukanlah sekadar persembahan biasa namun menjadi ukuran kepada kreativiti murid serta semangat berpasukan. Diharapkan semangat ini terus tertanam di hati murid. 



Secara keseluruhannya, En Samuri (GPK Kokurikulum) SK Taman Nusa Damai berpuas hati dengan penganjuran perkhemahan ini kerana penglibatan menyeluruh dari warga sekolah dan ibu bapa. Keselamatan murid di titik berat walau apa jua situasi. 

En Samuri berharap agar perkhemahan 2013 akan lebih berjaya disamping melibatkan lebih ramai peserta.




Sekalung perhargaan kepada PIBG SK Taman Nusa Damai atas usaha menyumbang dana untuk pengangkutan peserta. Semoga Allah membalas jasa tuan/puan.

Sunday, 23 September 2012

Kejohanan Balapan dan Padang Kali Pertama SK Taman Nusa Damai


Debaran semakin terasa
Siapa yang bakal dinobatkan sebagai JUARA
Mencipta sejarah kejohanan kali pertama
Bayan, Merak, Kenari, Jentayu, Helang, dan Camar
Bakal beraksi.......

NANTIKAN KEPUTUSANNYA

Thursday, 29 March 2012

Sekitar Pertandingan Hoki MSS Zon Pasir Putih

Buat kali pertama SK Taman Nusa Damai menghantar dua pasukan hoki yang terdiri daripada satu pasuakan lelaki dan satu pasukan perempuan. Walaupun tidak berjaya untuk menggondol emas namun seorang pelajar perempuan telah meletakkan nama SK Taman Nusa Damai di dalam peta pendidikan kerana mewakili Negeri Johor ke peringkat MSSM.

Tahniah dan syabas buat semua guru yang terlibat secara langsung atau pun tidak. Teruskan sumbangan untuk pembangunan sukan sekolah. Terima Kasih.