Pada 1 April 2012 bertempat di Dewan Seri Damai Utama SK Taman Nusa Damai, Mesyuarat Agung Penubuhan PIBG telah dijalankan. Mesyuarat yang dihadiri kira-kira 200 ibu dan bapa telah dirasmikan oleh Encik Mohd Khairi Bin A. Malik, Setiausaha Politik Menteri Pengajian Tinggi.
Selain melantik ahlijawatankuasa, perbincangan lebih menumpukan kepada isu-isu berbangkit yang mencakupi aspek keselamatan dan kelestarian sekolah. Terdapat beberapa perkara yang telah menjadi ketetapan dalam mesyuarat ini seperti jumlah sumbangan bagi setiap keluarga dan dasar PIBG, SK Taman Nusa Damai.
Antara hadirin yang hadir |
Ahli Jawatankuasa yang telah dilantik |
Ucapan Encik Mohd Khairi Bin A. Malik yang menyentuh kepada peranan dan sumbangan PIBG dalam membantu pihak sekolah |
Persembahan Murid SK Taman Nusa Damai |
Encik Mohd Khairi Bin A. Malik, Setiausaha Politik Menteri Pengajian Tinggi.
|
Harapan kami dengan adanya PIBG SK Taman Nusa Damai dapat mengeratkan lagi perhubungan antara ibu bapa dan pihak sekolah dan menjadi jentera keunggulan SK Taman Nusa Damai
0 comments:
Post a Comment