SKTND SEDERAP MELONJAKKAN KECEMERLANGAN AKADEMIK

18 Orang Murid 5A, 1.86 GPS Keseluruhan, Ranking ke-3 Dareah Pasir Gudang. TAHNIAH SK TAMAN NUSA DAMAI

VISI DAN MISI SEKOLAH

Matlamat Sekolah Kebangsaan Taman Nusa Damai Menuju Gemilang.

SLOGAN SEKOLAH

Menjadikan Murid Hebat Sebagai Pemangkin Kecemerlangan.

SKTND MEMENUHI STANDART KUALITI

SK Taman Nusa Damai Mencapai 94.2 % Standart Pengurusan Sekolah Kualiti (SPSK) SYABAS DAN TAHNIAH.

MELAKSANAKAN 3K DI SEKOLAH

Sekolah Selamat Kecemerlangan Meningkat.

Penafian

Penulis TIDAK akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian atau masalah yang timbul akibat penggunaan panduan atau maklumat yang terdapat di dalamnya. Dengan menggunakan segala maklumat yang terkandung di dalam blog ini, anda telah bersetuju untuk tidak melibatkan penulis sekiranya blog ini mengakibatkan anda mengalami kerugian dan masalah berkaitan potensi dan prestasi ke atas aset anda sama ada online dan offline.

Segala penulisan dalam “sktamannusadamai.blogspot.com” adalah hak milik penulis sepenuhnya. Sebarang pengeluaran, percetakan semula ataupun dikeluarkan dalam apa-apa bentuk penerbitan sekalipun tanpa kebenaran rasmi secara daripada penulis adalah dilarang sama sekali. Sekiranya anda didapati melanggar peraturan hakcipta ini, tindakan yang serius akan diambil ke atas anda.

Nota: Peraturan ini diwujudkan untuk melindungi hak dan pemilikan penulis serta untuk memastikan haknya terpelihara.

Wednesday, 26 June 2013

Solat Hajat dan Ceramah Semarak Ramadhan

Jawatankuasa Dakwah dengan kerjasama Panatia Pendidikan Islam akan menganjurkan solat hajat tahun 6 dan ceramah semarak ramadhan. Ceramah akan disampaikan oleh YDP Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM) Tuan Haji Mokri Bin Sabran. 


Butiran program seperti dibawah :
            Tarikh : 27 Jun 2013 (Khamis Malam Jumaat)
            Masa  : 6.45 petang (solat maghrib berjemaah)
            Tempat : Dewan Seri Damai Utama, SK Taman Nusa Damai.

Pihak sekolah menjemput ibu bapa dan pelajar tahun 6 bersama-sama untuk menjayakan majlis ilmu ini.

Sekian

Wednesday, 15 May 2013

Selamat Hari Guru 2013

Selamat Hari Guru terutama buat guru SK Taman Nusa Damai yang tidak jemu berusaha untuk meningkatkan  pencapaian akademik murid serta memastikan pembentukan akhlak dan sahsiah terpuji. 

Kami guru-guru SK Taman Nusa Damai berikrar dan berjanji membimbing dan mendidik putera puteri kami. Apa yang kami janji tunai tetap kami tunaikan.






Friday, 12 April 2013

Majlis Tadarus Al-Quran & Festival Nasyeed

Assalamualaikum.

SK Taman Nusa Damai telah menjadi tuan rumah bagi acara Majlis Tadarus Al-Quran & Festival Nasyeed peringkat daerah Pasir Gudang. Dewan Seri Damai Utama bergema dengan selawat, zikir serta puji-pujian kepada Allah SWT. 

Kemantapan lontaran vokal serta kalimah pujian anak-anak murid Daerah Pasir Gudang menjadi taruhan sebelum dinobatkan menjadi johan. Program ini selaras dengan Firman Allah dalam Surah Ar-Raad ayat 28, "Dengan mengingati Allah jiwa akan menjadi tenang". 


Aqsa Syarif turut dijemput untuk jualan dan pamerah. Semoga usaha ini menjadi sebahagian amalan di sisi Allah. 

Terima kasih.

Friday, 5 April 2013

Perasmian Blog SK Taman Nusa Damai

Dengan lafaz Bismillahirahmanirrahim

Saya Tuan Haji Abdullah Bin Abd Rahman
Ahli Majlis
Majlis Perbandaran Pasir Gudang
Merasmikan Blog Rasmi SK Taman Nusa Damai


Tuesday, 2 April 2013

Interactive Learning Dilancarkan


Admin telah menambah satu lagi ruang yang merupakan sudut pembelajaran yang mudah dan menarik. Berkonsepkan Interaktive Learning kolum ini memberi tumpuan kepada kaedah pembelajaran yang pantas dan mudah.

Kolum ini juga akan mengumpulkan kaedah pembelajaran dari pelbagai sumber seperti Youtube, Google Scholar dan sebagaian yang mencakupi pelbagai mata pelajaran.

Diharapkan kolum ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh murid dan warga pendidik SK Taman Nusa Damai.

Admin
Makmal ICT SKTND
3 April 2013 / 9.25 pagi

Jadual Ujian Pencapaian Sekolah Rendah 2013


Jadual Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2013 yang dipaparkan di web Kementerian Pelajaran Malaysia