SKTND SEDERAP MELONJAKKAN KECEMERLANGAN AKADEMIK

18 Orang Murid 5A, 1.86 GPS Keseluruhan, Ranking ke-3 Dareah Pasir Gudang. TAHNIAH SK TAMAN NUSA DAMAI

VISI DAN MISI SEKOLAH

Matlamat Sekolah Kebangsaan Taman Nusa Damai Menuju Gemilang.

SLOGAN SEKOLAH

Menjadikan Murid Hebat Sebagai Pemangkin Kecemerlangan.

SKTND MEMENUHI STANDART KUALITI

SK Taman Nusa Damai Mencapai 94.2 % Standart Pengurusan Sekolah Kualiti (SPSK) SYABAS DAN TAHNIAH.

MELAKSANAKAN 3K DI SEKOLAH

Sekolah Selamat Kecemerlangan Meningkat.

Penafian

Penulis TIDAK akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian atau masalah yang timbul akibat penggunaan panduan atau maklumat yang terdapat di dalamnya. Dengan menggunakan segala maklumat yang terkandung di dalam blog ini, anda telah bersetuju untuk tidak melibatkan penulis sekiranya blog ini mengakibatkan anda mengalami kerugian dan masalah berkaitan potensi dan prestasi ke atas aset anda sama ada online dan offline.

Segala penulisan dalam “sktamannusadamai.blogspot.com” adalah hak milik penulis sepenuhnya. Sebarang pengeluaran, percetakan semula ataupun dikeluarkan dalam apa-apa bentuk penerbitan sekalipun tanpa kebenaran rasmi secara daripada penulis adalah dilarang sama sekali. Sekiranya anda didapati melanggar peraturan hakcipta ini, tindakan yang serius akan diambil ke atas anda.

Nota: Peraturan ini diwujudkan untuk melindungi hak dan pemilikan penulis serta untuk memastikan haknya terpelihara.

Thursday, 28 February 2013

Majlis Akujanji Calon UPSR 2013

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah pada 1 Mac 2013 bertempat di  Dewan Sri Damai Utama telah di adakan Majlis Akujanji Calon UPSR 2013. Majlis ini telah disempurnakan oleh Tuan Guru Besar En Mohammad bin Jaafar. 


Calon UPSR telah menandatangani surat perjanjian bahawa akan mencapaian sasaran sekolah dalam UPSR. Program ini secara tidak langsung dapat membangkitkan kesedaran calon UPSR mengenai tanggangjawab mereka.

En. Mohammad menyampaikan ucapan dan harapan pihak sekolah.


Majlis ini dijalankan sempena program "Diamond In The Sky" iaitu program pemantapan akademik calon UPSR Zon Akademik Zon G, Pasir Gudang. 

Diharapkan program ini dapat meningkatkan pencapaian UPSR 2013.



Friday, 22 February 2013

Kursus Profesionalisme Keguruan

Alhamdulillah pada 23 Februari 2013 Unit LDP telah menganjurkan Kursus Profesionalisme Keguruan. Kursus ini memberi pendekatan kepada pembangunan profesionalisme pendidik. Disamping itu juga, guru diberi pendedahan terhadap kemahiran dan teknik terbaharu dalam penyampaian ilmu pengetahuan. 

En. Sholihin bin Yusha menyampaikan tajuk : Konsep Pengamalan Disiplin Di Kalangan Guru Terhadap Anak Didik.
Kursus ini terbahagi kepada beberapa slot iaitu :
1. Konsep Pengamalan Disiplin Di Kalangan Guru Terhadap Anak Didik
2. Warga Tua
3. Konsep Guru Penyayang
4. Pembentangan SPSK 2013
5. Profesionalisme Keguruan

Peserta kursus
Guru Penolong Kanan turut hadir mendengar perkongsian yang disampaikan
Diharapkan dengan berjalannya kursus ini guru dapat meningkatkan profesionalisme di kalangan pendidik SK Taman Nusa Damai. Inshaa Allah.


KEHEBATAN TUNJANG KECEMERLANGAN
SEDERAP SEPAKAT MENJANA KUALITI

Monday, 4 February 2013

Pelancaran Program 1 Kelas 1 Tandas dan Guru Penyayang

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah pada 5 Februari 2013 telah berlangsung majlis pelancaran Program 1 Kelas dan 1 Tandas serta Program Guru Penyayang.

Program ini dilaksanakan bagi membentuk disiplin murid agar sentiasa menjaga kebersihan kawasan persekolahan. 

"Program ini membuktikan bahawa SKTND sentiasa cakna dalam membentuk sahsiah murid dan pembentukan akhlak yang terpuji", kata Puan Rohanah GPK HEM SKTND.
Puan Rohanah menyerahkan buku pengurusan keluar kelas sebagai simbolik perasmian


Program ini juga telah dilancarkan semalam untuk sesi petang. Pelancaran sesi petang telah disempurnakan oleh En. Mohammad bin Jaafar Guru Besar SKTND. 


Sambutan Hari Lahir untuk guru dan murid 

Bagi Program Guru Penyayang pula guru-guru ditekan menggunakan pendekatan hikmah dalam mendidik murid. Sekolah juga akan menyambut hari lahir murid dan guru secara berkala bagi menghargai guru dan murid.

Diharapkan program ini mencapai objektif yang disasarkan.

Tuesday, 8 January 2013

Senarai Nama Murid Mengikut Kelas

Perhatian kepada guru SK Taman Nusa Damai, berikut merupakan senarai nama murid mengikut kelas :



TAHUN 1
TAHUN 5
TAHUN 6

Friday, 4 January 2013

Top A Star

Pada 5 Januari 2013 Majlis Bertindak Tahun 6 telah berjaya mengumpulkan ibu bapa  calon UPSR 2013 sebagai langkah pertama persediaan Kecemerlangan UPSR. 

Program dibahagikan kepada beberapa slot. Slot yang pertama ialah slot motivasi yang dikendalikan oleh Pak Anjang MD. Penceramah menyentuh beberapa aspek untuk kecemerlangan murid. Penceramah juga memberi suntikan semangat kepada ibu bapa calon.



Slot yang kedua ialah perjumpaan guru tahun 6 bersama ibu bapa. Perjumpaan ini bertujuan untuk menerangkan program tahun 6 yang akan meningkatkan pencapaian pelajar.


Diharapkan langkah awal ini akan menjadi pecutan ke arah kegemilangan. Ameen

Thursday, 3 January 2013

Ceramah Selamatkan Palestin Bebaskan Syria


Pada 4 Januari 2013 Unit Dakwah telah menganjurkan Ceramah Bebaskan Palestin dan Selamatkan Syria. Ceramah telah disampaikan oleh Ustaz Rofazlin daripada Aqsa Syarif Berhad (Johor). Masjlis dimulakan dengan bacaan Yasin untuk para mujahidin dan keselamatan rakyat Palestin dan Syria.


Pihak sekolah telah mengeluarkan surat edaran untuk ibu bapa dan penjaga SKTND untuk mengumpulkan sumbangan kepada Aqsa Syarif dan akan diserahkan kepada Ustaz Rofazlin.


Ustaz Rofazlin memakaikan mafla Aqsa Syarif kepada En. Mohammad
Tuan Guru Besar menyerahkan tabung sumbangan kepada Ustaz Rofazlin hasil kutipan daripada  warga SKTD. Sehingga kini jumlah kutipan RM 2345.40. Kutipan masih diteruskan sehingga Jumaat petang. 


Diharapkan kerjasama ini dapat diteruskan di masa akan datang untuk menyuburkan dakwah di SK Taman Nusa Damai.