Penafian

Penulis TIDAK akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian atau masalah yang timbul akibat penggunaan panduan atau maklumat yang terdapat di dalamnya. Dengan menggunakan segala maklumat yang terkandung di dalam blog ini, anda telah bersetuju untuk tidak melibatkan penulis sekiranya blog ini mengakibatkan anda mengalami kerugian dan masalah berkaitan potensi dan prestasi ke atas aset anda sama ada online dan offline.

Segala penulisan dalam “sktamannusadamai.blogspot.com” adalah hak milik penulis sepenuhnya. Sebarang pengeluaran, percetakan semula ataupun dikeluarkan dalam apa-apa bentuk penerbitan sekalipun tanpa kebenaran rasmi secara daripada penulis adalah dilarang sama sekali. Sekiranya anda didapati melanggar peraturan hakcipta ini, tindakan yang serius akan diambil ke atas anda.

Nota: Peraturan ini diwujudkan untuk melindungi hak dan pemilikan penulis serta untuk memastikan haknya terpelihara.

Monday 15 October 2012

Perkhemahan Perdana 2012

Pada 13 Oktober 2012 Unit Kokurikulum telah menganjurkan Perkhemahan Perdana SK Taman Nusa Damai di Tanjung Sedeli. Banyak aktiviti menarik yang menguji ketahanan fizikal dan mental murid-murid. Perkhemahan ini yang diuruskan oleh Penyelaras Badan Beruniform Ustaz Wan Azrol serta dibantu oleh Kem Komanden En Sabry Nor.



Menurut Ustaz Wan Azrol perkhemahan ini bukan sahaja mendidik murid menjadi pelajar yang berdisiplin malah mampu berdikari. Selain latihan fizikal penerapan unsur rohani yang menjadi tunjang pembangunan insan SK Taman Nusa Damai tidak dilupakan.




Murid-murid juga diminta membuat persembahan pada malam yang terakhir. Persembahan ini bukanlah sekadar persembahan biasa namun menjadi ukuran kepada kreativiti murid serta semangat berpasukan. Diharapkan semangat ini terus tertanam di hati murid. 



Secara keseluruhannya, En Samuri (GPK Kokurikulum) SK Taman Nusa Damai berpuas hati dengan penganjuran perkhemahan ini kerana penglibatan menyeluruh dari warga sekolah dan ibu bapa. Keselamatan murid di titik berat walau apa jua situasi. 

En Samuri berharap agar perkhemahan 2013 akan lebih berjaya disamping melibatkan lebih ramai peserta.




Sekalung perhargaan kepada PIBG SK Taman Nusa Damai atas usaha menyumbang dana untuk pengangkutan peserta. Semoga Allah membalas jasa tuan/puan.

0 comments:

Post a Comment