Penafian

Penulis TIDAK akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian atau masalah yang timbul akibat penggunaan panduan atau maklumat yang terdapat di dalamnya. Dengan menggunakan segala maklumat yang terkandung di dalam blog ini, anda telah bersetuju untuk tidak melibatkan penulis sekiranya blog ini mengakibatkan anda mengalami kerugian dan masalah berkaitan potensi dan prestasi ke atas aset anda sama ada online dan offline.

Segala penulisan dalam “sktamannusadamai.blogspot.com” adalah hak milik penulis sepenuhnya. Sebarang pengeluaran, percetakan semula ataupun dikeluarkan dalam apa-apa bentuk penerbitan sekalipun tanpa kebenaran rasmi secara daripada penulis adalah dilarang sama sekali. Sekiranya anda didapati melanggar peraturan hakcipta ini, tindakan yang serius akan diambil ke atas anda.

Nota: Peraturan ini diwujudkan untuk melindungi hak dan pemilikan penulis serta untuk memastikan haknya terpelihara.

Friday 5 October 2012

PIBG AKTIF AKAN DIIKTIRAF KPM


KUALA LUMPUR 5 Okt. - Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) yang aktif membantu kecemerlangan pelajar dan sekolah akan diberikan pengiktirafan mulai tahun depan.


Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pengiktirafan tersebut wajar kerana kerjasama erat antara sekolah serta PIBG mampumembantu kecemerlangan pelajar dan sekolah berkenaan.

Sesetengahnya hubungan begini (antara sekolah dan PIBG) membantu (kecemerlangan). Tetapi, di sesetengah sekolah, PIBG tidak begitu aktif berperanan, jadi pencapaian (sekolah) pun menurun.

"Jadi saya hendak iktiraf sumbangan pimpinan ibu bapa di sekolah-sekolah," katanya selepas melawat SMK Seri Hartamas dekat sini hari ini. Hadir sama Pengetua SMK Seri Hartamas, Rosnimawati Saad dan Yang Dipertua PIBG SMK Seri Hartamas, Salmah Abu Bakar.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, bentuk pengiktirafan yang akan diberikan itu akan ditentukan kemudian.

Beliau memuji langkah PIBG SMK Seri Hartamas yang berjaya membantu mengekalkan prestasi sekolah itu antara sekolah harian terbaik Wilayah Persekutuan bagi peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

"Salah satu faktor yang saya dapati adalah kerjasama antara PIBG dengan sekolah. Di sini, pengetua dan Yang Dipertua PIBG bekerja rapat. "Ini satu contoh kepimpinan ibu bapa yang membantu meningkatkan tahap kecemerlangan pelajar," katanya.

0 comments:

Post a Comment