SKTND SEDERAP MELONJAKKAN KECEMERLANGAN AKADEMIK

18 Orang Murid 5A, 1.86 GPS Keseluruhan, Ranking ke-3 Dareah Pasir Gudang. TAHNIAH SK TAMAN NUSA DAMAI

VISI DAN MISI SEKOLAH

Matlamat Sekolah Kebangsaan Taman Nusa Damai Menuju Gemilang.

SLOGAN SEKOLAH

Menjadikan Murid Hebat Sebagai Pemangkin Kecemerlangan.

SKTND MEMENUHI STANDART KUALITI

SK Taman Nusa Damai Mencapai 94.2 % Standart Pengurusan Sekolah Kualiti (SPSK) SYABAS DAN TAHNIAH.

MELAKSANAKAN 3K DI SEKOLAH

Sekolah Selamat Kecemerlangan Meningkat.

Penafian

Penulis TIDAK akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian atau masalah yang timbul akibat penggunaan panduan atau maklumat yang terdapat di dalamnya. Dengan menggunakan segala maklumat yang terkandung di dalam blog ini, anda telah bersetuju untuk tidak melibatkan penulis sekiranya blog ini mengakibatkan anda mengalami kerugian dan masalah berkaitan potensi dan prestasi ke atas aset anda sama ada online dan offline.

Segala penulisan dalam “sktamannusadamai.blogspot.com” adalah hak milik penulis sepenuhnya. Sebarang pengeluaran, percetakan semula ataupun dikeluarkan dalam apa-apa bentuk penerbitan sekalipun tanpa kebenaran rasmi secara daripada penulis adalah dilarang sama sekali. Sekiranya anda didapati melanggar peraturan hakcipta ini, tindakan yang serius akan diambil ke atas anda.

Nota: Peraturan ini diwujudkan untuk melindungi hak dan pemilikan penulis serta untuk memastikan haknya terpelihara.

Friday, 5 October 2012

PIBG AKTIF AKAN DIIKTIRAF KPM


KUALA LUMPUR 5 Okt. - Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) yang aktif membantu kecemerlangan pelajar dan sekolah akan diberikan pengiktirafan mulai tahun depan.


Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pengiktirafan tersebut wajar kerana kerjasama erat antara sekolah serta PIBG mampumembantu kecemerlangan pelajar dan sekolah berkenaan.

Sesetengahnya hubungan begini (antara sekolah dan PIBG) membantu (kecemerlangan). Tetapi, di sesetengah sekolah, PIBG tidak begitu aktif berperanan, jadi pencapaian (sekolah) pun menurun.

"Jadi saya hendak iktiraf sumbangan pimpinan ibu bapa di sekolah-sekolah," katanya selepas melawat SMK Seri Hartamas dekat sini hari ini. Hadir sama Pengetua SMK Seri Hartamas, Rosnimawati Saad dan Yang Dipertua PIBG SMK Seri Hartamas, Salmah Abu Bakar.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, bentuk pengiktirafan yang akan diberikan itu akan ditentukan kemudian.

Beliau memuji langkah PIBG SMK Seri Hartamas yang berjaya membantu mengekalkan prestasi sekolah itu antara sekolah harian terbaik Wilayah Persekutuan bagi peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

"Salah satu faktor yang saya dapati adalah kerjasama antara PIBG dengan sekolah. Di sini, pengetua dan Yang Dipertua PIBG bekerja rapat. "Ini satu contoh kepimpinan ibu bapa yang membantu meningkatkan tahap kecemerlangan pelajar," katanya.

Sunday, 30 September 2012

Peranan Guru Dalam Melaksanakan Dasar MBMMBI

Apa itu MBMMBI | Peranan guru dalam melaksanakan dasar MBMMBI



Seperti yang kita tahu, MBMMBI atau Memartabatkan Bahasa Melayu & Memperkukuhkan Bahasa Inggeris adalah fokus utama bagi pendidikan bermula tahun 2012 ini. Pada tahun 2012 ini, MBMMBI akan dilaksanakan dengan lebih agresif di sekolah dan perkara utama yang menjadi teras kejayaan MBMMBI ialah Peranan Guru dalam Melaksanakan Dasar MBMMBI.

Peranan guru dalam melaksanakan dasar MBMMBI

Sebelum kita berbicara lebih lanjut mengenai Peranan Guru dalam Melaksanakan Dasar MBMMBI ini, apa kata kita lihat dahulu definisi MBMMBI ini.

Definisi MBMMBI atau Memartabatkan Bahasa Melayu & Memperkukuhkan Bahasa Inggeris Memartabatkan Bahasa Malaysia bermaksud meletakkan Bahasa Malaysia pada tempat yang sepatutnya, sesuai dengan kedudukannya sebagai bahasa kebangsaan seperti yang termaktub dalam Perkara 152, Perlembagaan Malaysia. Bahasa Malaysia juga merupakan bahasa pengantar utama pendidikan berdasarkan Akta Pendidikan 1996.

Memperkukuh Bahasa Inggeris membawa maksud memantapkan penguasaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa yang wajib dipelajari, bahasa komunikasi dan bahasa ilmu di peringkat nasional dan antarabangsa.

Peranan Guru dalam Melaksanakan Dasar MBMMBI


1. Pendekatan Modular Kurikulum Bahasa Malaysia – Penguasaan asas kemahiran berbahasa diperkukuh melalui pendekatan modular yang bersepadu, seimbang dan holistik menerusi modul P&P.

2. Asas Berbahasa (Basics To Basics) – Pengukuhan asas berbahasa dilakukan secara berstruktur dan sistematik. Asas berbahasa pradengar, prabunyi, prabaca dan pratulis diperkukuh melalui modul P&P yang menerapkan elemen menyeronokkan dalam seni bahasa. P&P tatabahasa adalah berasaskan sistem bahasa yang betul dan dilakukan secara bersepadu dalam konteks.

3. Didik Hibur – Pendekatan P&P Bahasa Malaysia akan menyediakan suasana yang lebih menyeronokkan dan menarik melalui pelbagai kaedah. Kemahiran mendengar, bertutur, membaca, menulis, tatabahasa dan seni bahasa akan disulam dengan dengan aktiviti penerokaan, pencarian maklumat, pelaporan dan penghasilan produk.

4. Penggunaan Bahasa Malaysia Standard Merentas Kurikulum – Penggunaan sistem bahasa yang betul dalam mata pelajaran lain akan menyokong P&P Bahasa Malaysia. Penggunaan dialek tempatan atau bahasa pasar mesti dipantau agar tidak menjejas standard dan mutu Bahasa Malaysia itu sendiri.

5. Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam P&P – Penggunaan teknologi makluamt seperti perisian, e-mel, laman sembang dan laman web dapat menyediakan P&P yang bersifat interaktif serta nenghiburkan. Satu portal akan diwujudkan untuk menghimpunkan bahan penulisan serta menyediakan forum bagi penggiat bahasa, para pendidik, sasterawan, pelajar serta pengguna Bahasa Malaysia untuk berbincang, mengkaji dan mencari maklumat tentang Bahasa Malaysia.
Program Bacaan – Program bacaan seperti Komponen Sastera dalam Bahasa Malaysia (KOMSAS), Buku Sastera Sekolah Rendah , Bacaan Awal Berstruktur dan NILAM diteruskan. Beberapa penambahbaikan akan dilakukan supaya pembacaan bahan sastera dapat ditingkatkan.

6. Guru Bahasa Malaysia Berkualiti – Guru yang mengajar mata pelajaran ini perlu beropsyen Bahasa Malaysia untuk memastikan kualiti dari segi ilmu pedagogi. Guru digalakkan menghadiri kursus peningkatan profesionalisme yang memberikan pendedahan tentang perkembangan terkini ilmu pedagogi dan juga perkembangan bahasa daripada pakar dari dalam dan luar negara.
Persekitaran Pembelajaran yang Kondusif – Pemantauan daripada aspek kebersihan, keceriaan dan keselamatan di sekolah dipertingkatkan dari masa ke semasa bagi memastikan saiz kelas, serta keadaan fizikal bilik darjah dan sekolah lebih kondusif untuk P&P.

7. Bahasa Malaysia Bahasa Ilmu dan Komunikasi – Usaha menterjemah karya agung dari Eropah, Amerika dan Asia perlu diperhebatkan. Melalui cara ini perluasan ilmu melalui pembacaan dalam Bahasa Malaysia dapat dipergiat, seterusnya menggalakkan budaya membaca dalam kalangan masyarakat. Penggunaan Bahasa Malaysia juga mestilah tekal dan mantap dalam semua urusan rasmi agar hasrat 1Malaysia terlaksana melalui identiti negara bangsa.

8. Kolaborasi Antarabangsa Kursi Bahasa Malaysia di Universiti Luar Negara – Satu kolaborasi yang mantap antara Malaysia dengan negara lain akan diwujudkan dengan menubuhkan kursi Bahasa Malaysia di universiti luar negara.
Syarat Layak Masuk Institut Pengajian Tinggi – Pelajar yang mengikuti pengajian di universiti hendaklah diwajibkan mendapat kepujian dalam Bahasa Malaysia di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia sebagai syarat masuk.

Sunday, 23 September 2012

Kejohanan Balapan dan Padang Kali Pertama SK Taman Nusa Damai


Debaran semakin terasa
Siapa yang bakal dinobatkan sebagai JUARA
Mencipta sejarah kejohanan kali pertama
Bayan, Merak, Kenari, Jentayu, Helang, dan Camar
Bakal beraksi.......

NANTIKAN KEPUTUSANNYA

Wednesday, 8 August 2012

Senarai Nama Guru & Murid Yang Perlu Mengisi SSQM

Perhatian kepada guru dan murid di bawah :

Taklimat SSQS akan diberikan untuk mengisi maklum balas  SMART SCHOOL QUALIFICATION STANDARDS (SSQS). Taklimat murid akan diadakan di Bilik Mesyuarat jam 10.30 pagi pada 8 Ogos 2012 manakala taklimat guru akan diadakan pada satu tarikh yang akan ditetapkan kelak.

Gambar sekadar hiasan
  1. YUSRI BIN ZAKARIAH
  2. JAILANI BIN MOHD YUSOFF
  3. JOSEPHINE BINTI MODILIM
  4. URSULA SYNDON ANAK GILBERT LAJA
  5. SALIHAH BINTI KARIM
  6. VIVIEN ROZZANA MATTHEW
  7. VENGELINE JANE ANAK PETER
  8. RIZAL BIN OTHMAN
  9. RAZIAH BINTI ABD LATIF
  10. NORASHIKIN BINTI MD NOR
  11. MOHD FAISAL BIN MAMAT
  12. RODIAH BINTI HARUN
  13. MUHAINIZA BINTI RAMLI
  14. PAUZAN BIN ABU BAKAR
  15. ROHAIZA BINTI ABD RAHIM
  16. FADIL BIN NASARUDIN
  17. SARIDAH BINTI IDRIS
  18. ROHANI BINTI ISMAIL
  19. NOOR AZAH BINTI ASBOL
  20. NIK HASMAZILA BINTI MOHAMAD
  21. SURYANI BINTI YUSOFF
  22. AZLINA BINTI AMIR
  23. IKHWAN BIN REJARI
  24. WAN AZROL BIN WAN AHMED
  25. ROSLINA BINTI KADRI
  26. ASMIDA BINTI DAUD
  27. RAHIM BIN MOHD SHAREFF
  28. JIHAN BINTI ABD GHANI
  29. SITI HAWA BINTI AHMAD
  30. ROSNI BINTI BAHIKI
  31. MAKALTHOM BINTI SALLEH
  32. MUHAMMAD RASHDAN BIN MUHD NORDIN
  33. MUHAMMAD FIRDAUS BIN SHAMSURI
  34. ARIF HASHRI BIN AMINNORDIN
  35. HADIF UMAIR BIN AHMAD SHAHRIR
  36. MUHAMMAD FAZLY SHAH BIN SHAHARUDDIN
  37. AKMA SAFWAN BIN AMAT SALIHEN
  38. LISHALINI D/O JAVAPRAKASAM
  39. ARENA GRACE D/O ALBERT
  40. MUHAMMAD SYAKIR HARITH BIN ABD RAHIM
  41. JASHVEENDAS A/L KANNADHAS
  42. AUNI ZARIFAH BINTI ZAIZAL
  43. MUHAMMAD HAFIZ BIN MUSLIE
  44. NUR AMALINA SHAFIKA BINTI MOHD YUSOF
  45. MOHD FIKRI BIN NAHAR
  46. NURUL IZZAH BINTI IZA
  47. ALYA FAQIHAH BINTI ABD RASYID
  48. HASIF AIMAN BIN ZULKIFLEE
  49. MUHAMMAD HAFIZUDDIN BIN NORDIN
  50. MUHAMMAD SHAKIR BIN MOHD SAID
  51. NORAZURA BINTI NAZHAR
  52. NUR FARHANA BINTI MAHAT
  53. NUR KHALIESYA BINTI ROSILIN
  54. NUR LIYANA BINTI MOHD KAMALRULZAMAN
  55. MUHAMMAD SHAHRUL NIZAM BIN AZRUL
  56. MUHAMMAD AMIRUL FIRDAUS BIN FEDROS
  57. QISTINA BATRISYA BINTI ZAHARI
  58. ALYA NUR DAHIA BINTI AZRIL
  59. FATHIN NAJWA BINTI AZMANUDDIN
  60. NUR ADIBA ANTHASSYABINTI MOHD ZIN
  61. AHMAD NAIM BIN ASMAN
  62. NOR FARHANA BINTI ISHAK

Friday, 20 July 2012

SMART SCHOOL QUALIFICATION STANDARDS (SSQS)



PENGENALAN 
Portal ini dibangunkan bertujuan untuk menempatkan aplikasi-aplikasi pemantauan yang akan digunakan di sekolah bagi membolehkan pihak Kementerian Pelajaran, khususnya di Bahagian Teknologi Pendidikan mendapatkan maklumat terkini berkaitan dengan ICT di sekolah. Setakat ini, terdapat dua aplikasi utama telah ditempatkan di dalam portal ini iaitu Sistem Smart School Qualification Standards dan Sistem Pemantauan Penggunaan ICT Sekolah. 

SMART SCHOOL QUALIFICATION STANDARDS (SSQS) 
PENGENALAN 
Pengukuran tahap bestari sekolah dibuat dengan Smart School Qualification Standards (SSQS) yang dilancarkan oleh YB Menteri Pelajaran pada 24 April 2007. SSQS dibangunkan bersama oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dan Multimedia Development Corporation (MDeC). 

OBJEKTIF SSQS 
Objektifnya ialah: 
1. Meningkatkan penggunaan ICT sekolah. 
2. Menjadi sistem pemantauan dan pengukuran pengintegrasian ICT dalam pengurusan serta pengajaran dan pembelajaran (P&). 
3. Menjadi rujukan untuk penambahbaikan polisi dan program KPM. 
4. Memperkasa guru dan murid dari segi peningkatan pengetahuan dan kemahiran

Thursday, 12 July 2012

Sekitar Majlis Perlantikan Badan Kepimpinan Murid

Bagi menghargai dan mengiktiraf barisan pemimpin muda SK Taman Nusa Damai maka satu majlis penganugerahan watikah dan lafaz ikrar telah diadakan di Dewan Seri Damai Utama. Majlis telah dirasmikan oleh ASP Maznah Binti Masimin dari IPD Seri Alam. Diharapkan dengan penghargaan dari pihak sekolah ini dapat meningkatkan mutu kerja dan semangat pasukan di kalangan Badan Kepimpinan Murid.