SKTND SEDERAP MELONJAKKAN KECEMERLANGAN AKADEMIK

18 Orang Murid 5A, 1.86 GPS Keseluruhan, Ranking ke-3 Dareah Pasir Gudang. TAHNIAH SK TAMAN NUSA DAMAI

VISI DAN MISI SEKOLAH

Matlamat Sekolah Kebangsaan Taman Nusa Damai Menuju Gemilang.

SLOGAN SEKOLAH

Menjadikan Murid Hebat Sebagai Pemangkin Kecemerlangan.

SKTND MEMENUHI STANDART KUALITI

SK Taman Nusa Damai Mencapai 94.2 % Standart Pengurusan Sekolah Kualiti (SPSK) SYABAS DAN TAHNIAH.

MELAKSANAKAN 3K DI SEKOLAH

Sekolah Selamat Kecemerlangan Meningkat.

Penafian

Penulis TIDAK akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian atau masalah yang timbul akibat penggunaan panduan atau maklumat yang terdapat di dalamnya. Dengan menggunakan segala maklumat yang terkandung di dalam blog ini, anda telah bersetuju untuk tidak melibatkan penulis sekiranya blog ini mengakibatkan anda mengalami kerugian dan masalah berkaitan potensi dan prestasi ke atas aset anda sama ada online dan offline.

Segala penulisan dalam “sktamannusadamai.blogspot.com” adalah hak milik penulis sepenuhnya. Sebarang pengeluaran, percetakan semula ataupun dikeluarkan dalam apa-apa bentuk penerbitan sekalipun tanpa kebenaran rasmi secara daripada penulis adalah dilarang sama sekali. Sekiranya anda didapati melanggar peraturan hakcipta ini, tindakan yang serius akan diambil ke atas anda.

Nota: Peraturan ini diwujudkan untuk melindungi hak dan pemilikan penulis serta untuk memastikan haknya terpelihara.

Wednesday, 6 March 2013

Sekitar MSS Zon Pasir Putih



Assalamualaikum. Kini sedang berlangsung MSS Zon Pasir Putih di SK Pasir Gudang 4. SK Taman Nusa Damai mensasarkan beberapa pingat untuk dibawa pulang. Menurut Ketua Jurulatih SKTND En. Sholihin sasaran yang dibuat berdasarkan kekuatan dan analisis yang telah dilakukan bersama jurulatih lain.


Antara para peserta
Peserta sentiasa diingatkan agar sentiasa bertanding dalam suasana yang sihat serta menjaga nama sekolah. "Kalah dan menang menjadi adat pada setiap pertandingan. Namun pengajaran yang sebenar adalah bergantung pada nilai yang dipelajari", antara pesanan yang diberikan oleh En Nik Hafidzu kepada peserta.


Semoga SKTND mampu merialisasikan hasrat dan harapan pihak sekolah.

SKTND, RISE A FLAG HIGH

Sunday, 3 March 2013

Pelancaran Minggu Anti Dadah SKTND

Assalamualaikum.

Segala puji bagi Allah kerana dengan keizinan-Nya Minggu Anti Dadah Peringkat SK Taman Nusa Damai. Majlis ini dijalankan bagi memupuk semangat dan kerjasama di kalangan murid-murid dalam membanteras najis dadah. Tema bagi Minggu Anti Dadah SK Taman Nusa Damai ialah 1 Malaysia Membanteras Dadah.

Matlamat utama program ini ialah melahirkan pelajar yang mengamalkan gaya hidup yang sihat dan bersih dari najis dadah. 

En. Rashdan membaca doa agar majlis diberkati Allah
En. Mohammad membaca perutusan Pengarah Pelajaran Negeri Johor
Tuan Pengarah JPN Johor menekankan agar kawasan sekolah merupakan kawasan bebas asap sebagai mekanisme awal untuk mengawal penularan najis dadah. Negeri Johor juga berhasrat untuk mengetatkan undang-undang merokok di tempat awam agar negeri johor bebas dari asap rokok.


Diharapkan program ini dapat meningkatkan kesedaran dikalangan murid tentang bahaya najis dadah. Inshaa Allah SKTND berjanji akan membanteras najis dadah dengan bersungguh-sungguh.


Friday, 1 March 2013

Kursus Tatabahasa Akademik Zon G Pasir Gudang

Pada 2 Mac 2013, Panatia Bahasa Melayu dengan kerjasama Jawatankuasa Akademik Zon G telah menganjurkan Kursus Tatabahasa Akademik Zon G, Pasir Gudang. Kursus  pemantapan ini bertujuan untuk memantapkan pengetahuan guru-guru Bahasa Melayu dalam tatabahasa khususnya Kertas Pemahaman mengikut soalan UPSR. 


Kursus ini telah disampaikan oleh Encik Azhar bin Salleh, Munshi Dewan Dewan Bahasa dan Pustaka. Encik Azhar menekankan aspek tatabahasa yang menepati Tatabahasa Dewan agar murid-murid terdedah kepada penggunaan tatabahasa yang betul.




Diharapkan dengan pendedahan ini dapat meningkatkan pengetahuan guru dalam tatabahasa dan dapat diimplementasikan di sekolah.

Thursday, 28 February 2013

Majlis Akujanji Calon UPSR 2013

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah pada 1 Mac 2013 bertempat di  Dewan Sri Damai Utama telah di adakan Majlis Akujanji Calon UPSR 2013. Majlis ini telah disempurnakan oleh Tuan Guru Besar En Mohammad bin Jaafar. 


Calon UPSR telah menandatangani surat perjanjian bahawa akan mencapaian sasaran sekolah dalam UPSR. Program ini secara tidak langsung dapat membangkitkan kesedaran calon UPSR mengenai tanggangjawab mereka.

En. Mohammad menyampaikan ucapan dan harapan pihak sekolah.


Majlis ini dijalankan sempena program "Diamond In The Sky" iaitu program pemantapan akademik calon UPSR Zon Akademik Zon G, Pasir Gudang. 

Diharapkan program ini dapat meningkatkan pencapaian UPSR 2013.



Friday, 22 February 2013

Kursus Profesionalisme Keguruan

Alhamdulillah pada 23 Februari 2013 Unit LDP telah menganjurkan Kursus Profesionalisme Keguruan. Kursus ini memberi pendekatan kepada pembangunan profesionalisme pendidik. Disamping itu juga, guru diberi pendedahan terhadap kemahiran dan teknik terbaharu dalam penyampaian ilmu pengetahuan. 

En. Sholihin bin Yusha menyampaikan tajuk : Konsep Pengamalan Disiplin Di Kalangan Guru Terhadap Anak Didik.
Kursus ini terbahagi kepada beberapa slot iaitu :
1. Konsep Pengamalan Disiplin Di Kalangan Guru Terhadap Anak Didik
2. Warga Tua
3. Konsep Guru Penyayang
4. Pembentangan SPSK 2013
5. Profesionalisme Keguruan

Peserta kursus
Guru Penolong Kanan turut hadir mendengar perkongsian yang disampaikan
Diharapkan dengan berjalannya kursus ini guru dapat meningkatkan profesionalisme di kalangan pendidik SK Taman Nusa Damai. Inshaa Allah.


KEHEBATAN TUNJANG KECEMERLANGAN
SEDERAP SEPAKAT MENJANA KUALITI

Monday, 4 February 2013

Pelancaran Program 1 Kelas 1 Tandas dan Guru Penyayang

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah pada 5 Februari 2013 telah berlangsung majlis pelancaran Program 1 Kelas dan 1 Tandas serta Program Guru Penyayang.

Program ini dilaksanakan bagi membentuk disiplin murid agar sentiasa menjaga kebersihan kawasan persekolahan. 

"Program ini membuktikan bahawa SKTND sentiasa cakna dalam membentuk sahsiah murid dan pembentukan akhlak yang terpuji", kata Puan Rohanah GPK HEM SKTND.
Puan Rohanah menyerahkan buku pengurusan keluar kelas sebagai simbolik perasmian


Program ini juga telah dilancarkan semalam untuk sesi petang. Pelancaran sesi petang telah disempurnakan oleh En. Mohammad bin Jaafar Guru Besar SKTND. 


Sambutan Hari Lahir untuk guru dan murid 

Bagi Program Guru Penyayang pula guru-guru ditekan menggunakan pendekatan hikmah dalam mendidik murid. Sekolah juga akan menyambut hari lahir murid dan guru secara berkala bagi menghargai guru dan murid.

Diharapkan program ini mencapai objektif yang disasarkan.